img img-responsive text-center

Bengkel Pemantauan Sistem eMYInd (Merekod Program) Bil. 1/ Siri I-II Peringkat Kementerian/ Jabatan/ Agensi

Bengkel Pemantauan Sistem eMYInd (Merekod Program) Bil. 1/ Siri I-II Peringkat Kementerian/ Jabatan/ Agensi 

PUTRAJAYA,  13 Mac 2023- Bengkel Pemantauan Sistem eMYInd (Merekod Program) Bil. 1/ Siri I-II Peringkat Kementerian/ Jabatan/ Agensi telah selesai dilaksanakan di Bilik Latihan ICT, Aras 14 Menara KBS.

Sesi ini dikendalikan oleh Encik Mohd Rizal Mohd Sham dengan penglibatan seramai 27 orang Focal Point eMYInd . Bengkel dilaksanakan bagi memberi penerangan berkaitan penggunaan Sistem eMYInd kepada Focal Point eMYInd pada masa yang sama memantau pelaporan program untuk direkodkan bagi Tahun 2023 dan pengemaskinian laporan sedia ada dalam Sistem eMYInd.

img img-responsive text-center

Pembentangan Sistem eMYInd di Peringkat Southeast Asia Regional Centre for Counter-Terrorism (SEARCCT)

Pembentangan Sistem eMYInd di Peringkat Southeast Asia Regional Centre for Counter-Terrorism (SEARCCT)

KUALA LUMPUR, 20 Januari 2023:  Sesi perbincangan  telah diadakan antara IYRES dan Southeast Asia Regional Centre for Counter-Terrorism (SEARCCT). IYRES diketuai oleh Dr Vellapandian Ponnusamy, Ketua Pegawai Eksekutif IYRES telah membentangkan perkongsian  penggunaan Sistem eMYInd serta prospek  kerjasama strategik  IYRES-SEARCCT dalam pelaksanaan penyelidikan dan program bagi tahun 2023.  Sesi ini telah dipengerusikan oleh YBhg Dato’ Ganeson Sivagurunathan, Ketua Pengarah SEARCCT. Turut dihadiri oleh pegawai IYRES iaitu Pn Shahhanim Yahya dan En Mohd Rizal Mohd Sham

img img-responsive text-center

Sesi Taklimat Penggunaan Sistem eMYInd kepada pegawai-pegawai IYRES 

Sesi Taklimat Penggunaan Sistem eMYInd kepada pegawai-pegawai IYRES 

 

PUTRAJAYA, 11 Januari 2023 - Sesi Taklimat Penggunaan Sistem eMYInd telah selesai dilaksanakan kepada pegawai-pegawai IYRES bertempat di Bilik Latihan ICT, Aras 14 Menara KBS. Sesi ini telah disampaikan oleh Encik Mohd Rizal Mohd Sham berkaitan penggunaan sistem e-MYInd untuk pegawai pelaksana merekodkan perancangan program-program/kajian IYRES yang akan dilaksanakan pada Tahun 2023.

img img-responsive text-center

Sesi penerangan mengenai sistem e-MYInd kepada pegawai-pegawai Pejabat Pesuruhjaya Sukan

 

Sesi penerangan mengenai sistem e-MYInd kepada pegawai-pegawai Pejabat Pesuruhjaya Sukan

KUALA LUMPUR, 10 Januari 2023 - Sesi penerangan mengenai sistem e-MYInd kepada pegawai-pegawai Pejabat Pesuruhjaya Sukan telah selesai dilaksanakan bertempat di Bilik Seminar, Pejabat Pesuruhjaya Sukan, Kuala Lumpur Sports City. Sesi ini telah disampaikan oleh Encik Mohd Rizal Mohd Sham bagi menerangkan berkaitan pembangunan dan penggunaan sistem e-MYInd dalam merekodkan program-program pembangunan belia dan sukan merentas kumpulan pelaksana.

img img-responsive text-center

Bengkel Pemantauan Sistem eMYInd (Mengemaskini Program) Bil. 2/ Siri I-V  peringkat Kementerian, Jabatan dan Agensi bagi tahun 2022

 

Bengkel Pemantauan Sistem eMYInd (Mengemaskini Program) Bil. 2/ Siri I-V  peringkat Kementerian, Jabatan dan Agensi bagi tahun 2022

 

PUTRAJAYA:  Bengkel Pemantauan Sistem eMYInd (Mengemaskini Program) Bil. 2/ Siri I-V  peringkat Kementerian, Jabatan dan Agensi  telah selesai dilaksanakan di Bilik Latihan ICT, Aras 14 Menara KBS.

Sesi ini dikendalikan oleh Encik Mohd Rizal Mohd Sham dengan penglibatan seramai 90 orang Focal Point eMYInd yang berperanan sebagai Pentadbir Agensi dan Pengguna Sistem. Bengkel ini dilaksanakan secara berkala iaitu 2 kali setahun bagi memantau status pencapaian program terkini di peringkat organisasi. Melaui pelaksanaan bengkel ini, Focal point telah diberi penerangan berhubung kaedah pengemaskinian laporan yang telah direkodkan dalam Sistem eMYInd serta penggunaan Aplikasi eMYInd kepada Focal Point eMYInd.

Pelaksanaan bengkel ini akan diteruskan pada tahun akan datang bagi memastikan setiap pelaporan program direkodkan dan dipantau dari semasa ke semasa.

 

 

Image
INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA
Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Persint 4, Pusat Pentabiran Kerajaan Persekutuan, 62570 Putrajaya
Tel: +603-8871 3417 | Faks: +603-8871 3342 | Emel: info@iyres.gov.my

Peta Laman

Pengenalan

Mesyuarat Jemaah Menteri pada 9 Februari 2011 telah memutuskan untuk Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menjadi penyelaras bagi semua kementerian dan agensi dalam bidang kepakaran belia dan tidak bertindak secara bersendirian. 

Statistik Pengunjung

© 2009-2023 by GPIUTMD