Pengenalan

Image

Mesyuarat Jemaah Menteri pada 9 Februari 2011 telah memutuskan untuk Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menjadi penyelaras bagi semua kementerian dan agensi dalam bidang kepakaran belia dan tidak bertindak secara bersendirian.Usaha ini selaras dengan pendekatan di bawah Dasar Belia Malaysia 2015 (DBM15) yang menekankan konsep “merentas pelaksana” dalam pembangunan belia di Malaysia. Konsep merentas pelaksana memastikan pembangunan belia di negara ini adalah secara bersama berdasarkan fungsi dan keupayaan setiap pelaksana. Inisiatif ini membolehkan sumber dan maklumat dikongsi ke arah penyerlahan potensi belia negara ke tahap yang optimum.Selaras dengan keputusan tersebut, KBS melalui agensinya iaitu Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) telah mengambil inisiatif untuk membangunkan Sistem eMYInd, iaitu satu sistem bersepadu “Malaysian Youth Index” yang bertujuan merekodkan maklumat program dan aktiviti pembangunan belia merentas kumpulan pelaksana. Pengguna utama eMYInd terdiri daripada 10 kumpulan pelaksana pembangunan belia yang dilantik oleh IYRES. Kumpulan pelaksana tersebut terdiri daripada:

  1. Kementerian dan agensi persekutuan
  2. Institusi pendidikan dan penyelidikan
  3. Kerajaan Negeri
  4.  Pemimpin politik
  5.  Institusi keluarga
  6.  Syarikat berkaitan kerajaan dan swasta
  7. NGO dan Individu belia
  8.  Masyarakat
  9. Media dan
  10. Badan Bukan Kerajaan (NGOs).

Idea membangunkan sistem ini diperolehi berdasarkan konsep ‘bank’ atau secara berpusat. Setiap sumber yang berkaitan program/aktiviti belia dapat dirujuk atau diakses melalui satu platform melalui pendekatan bersepadu atau “Integrated Approach” merentasi agensi pelaksana pembangunan belia di Malaysia. Sistem ini boleh diakses melalui URL emyind.iyres.gov.my oleh focal point yang dilantik.

Image

Proses pembangunan eMYInd telah melalui 4 fasa utama iaitu;

  1. Analisa Keperluan
  2. Pembangunan Sistem
  3. Pelaksanaan dan Pemantauan
  4. Penambahbaikan Fungsi Sistem eMYInd V3.0

Fasa analisa keperluan telah bermula pada tahun 2016 melalui pelaksanaan “Technical Working Group (TWG 1.0)” dimana IYRES telah mengenalpasti isu dalam mengurus dan menyelaras maklumat program-program pembangunan belia merentas agensi.

Komponen-komponen pemantauan telah diambil kira dalam Fasa pembangunan sistem eMYInd.

Ini membolehkan Focal Point daripada setiap agensi pelaksana merekod dan mengemaskini semua maklumat program secara berkala yang di pantau setiap tahun melalui platform Bengkel Berkala Sistem eMYInd dan Bengkel “Technical Working Group (TWG)”. 

Image
INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA
Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Persint 4, Pusat Pentabiran Kerajaan Persekutuan, 62570 Putrajaya
Tel: +603-8871 3417 | Faks: +603-8871 3342 | Emel: info@iyres.gov.my

Peta Laman

Pengenalan

Mesyuarat Jemaah Menteri pada 9 Februari 2011 telah memutuskan untuk Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menjadi penyelaras bagi semua kementerian dan agensi dalam bidang kepakaran belia dan tidak bertindak secara bersendirian. 

Statistik Pengunjung

© 2009-2024 by GPIUTMD