Sistem e-myind sebagai sistem pemantauan program dan aktiviti belia secara bersepadu merentas kementerian/jabatan/agensi/pelaksana pembangunan belia di malaysia.

SOALAN LAZIM

Apakah itu Sistem Electronic Malaysia Youth Index (eMYInd) dan organisasi mana yang terlibat dalam pelaksanaannya
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) telah mengambil inisiatif untuk membangunkan Sistem e-MYInd, satu sistem bersepadu Malaysian Youth Index yang merekodkan maklumat pembangunan belia merentas agensi pelaksana. Idea ini diperolehi berdasarkan konsep ‘bank’ yang menyimpan data pembangunan belia secara bersepadu. e-MYInd mampu menjana statistik pelaporan secara dinamik yang boleh menjadi rujukan keberkesanan program-program pembangunan belia.

Sistem e-MYInd dibangun selari dengan spirit Dasar Belia Malaysia 2015 yang menekankan konsep “merentas pelaksana” dalam pembangunan belia. Konsep merentas pelaksana memastikan pembangunan belia di negara ini adalah secara bersama berdasarkan fungsi dan keupayaan setiap pelaksana. Inisiatif ini membolehkan sumber dan maklumat dikongsi ke arah penyerlahan potensi belia negara ke tahap yang optimum.
Image
INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA
Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Persint 4, Pusat Pentabiran Kerajaan Persekutuan, 62570 Putrajaya
Tel: +603-8871 3417 | Faks: +603-8871 3342 | Emel: info@iyres.gov.my

Peta Laman

Aplikasi Mudah Alih



Statistik Pengunjung

© 2009-2024 by GPIUTMD