Sesi Teknikal Sistem eMYInd peringkat Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP)
PUTRAJAYA, 15 Mac 2024 - Sesi Teknikal Sistem eMYInd peringkat Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) telah selesai dilaksanakan bagi memberi pendedahan dan meningkatkan pemahaman Focal Point berkaitan Sistem eMYInd. Sesi Taklimat ini disampaikan oleh Encik Mohd Rizal Mohd Sham, Eksekutif Penyelidik IYRES kepada Focal Point KUSKOP yang terdiri daripada pegawai-pegawai mewakili 9 agensi di bawah KUSKOP.
Selaras dengan konsep merentas pelaksana juga, IYRES yang berperanan sebagai pentadbir sistem akan sentiasa memperluas dan memperkasakan penggunaan sistem eMYInd melalui pelaksanaan Bengkel Pemahaman dan Pemantauan Sistem eMYInd merentas Kementerian/ Jabatan/ Agensi/ NGO dalam memastikan pembangunan belia di Malaysia adalah secara bersama.