Bengkel Pemantauan Sistem eMYInd (Merekod Program) Bil. 1/ Siri I-II Peringkat Kementerian/ Jabatan/ Agensi
PUTRAJAYA, 13 Mac 2023- Bengkel Pemantauan Sistem eMYInd (Merekod Program) Bil. 1/ Siri I-II Peringkat Kementerian/ Jabatan/ Agensi telah selesai dilaksanakan di Bilik Latihan ICT, Aras 14 Menara KBS.
Sesi ini dikendalikan oleh Encik Mohd Rizal Mohd Sham dengan penglibatan seramai 27 orang Focal Point eMYInd . Bengkel dilaksanakan bagi memberi penerangan berkaitan penggunaan Sistem eMYInd kepada Focal Point eMYInd pada masa yang sama memantau pelaporan program untuk direkodkan bagi Tahun 2023 dan pengemaskinian laporan sedia ada dalam Sistem eMYInd.