Sesi Pemantauan Sistem eMYInd Bil. 2/Siri II 2021

PUTRAJAYA, 15 Disember 2021: Sesi Pemantauan Sistem eMYInd Bil. 2/Siri II 2021 telah selesai dilaksanakan bersama Focal Point di peringkat Kementerian/ Jabatan/ Agensi/ NGO. Sesi ini dilaksanakan bagi memantau status semasa pelaporan program- program pembangunan belia dan sukan yang melibatkan 23 Kementerian/ Jabatan/ Agensi/ NGO.

Sehingga Disember 2021, sebanyak 546 program telah direkodkan oleh 217 Focal Point di peringkat Kementerian/ Jabatan/ Agensi/ NGO.

Sesi Pemantauan Sistem eMYInd Bil. 2/Siri 1 2021

PUTRAJAYA, 13 Disember 2021: Sesi Pemantauan Sistem eMYInd Bil. 2/Siri 1 2021 telah selesai dilaksanakan bersama Focal Point di peringkat Kementerian Belia dan Sukan (KBS). Sesi ini dilaksanakan bagi memantau status semasa pelaporan program- program pembangunan belia dan sukan yang melibatkan 16 bahagian/unit/agensi di bawah KBS.

Sehingga Disember 2021, sebanyak 1,666 program telah direkodkan oleh 111 Focal Point di peringkat KBS.

 

Sesi Penyebarluasan Sistem eMYInd bersama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM)

PUTRAJAYA, 13 Ogos 2021 – Sesi Penyebarluasan Sistem eMYInd sebagai Sistem Pemantauan Program dan Aktiviti Belia telah selesai dilaksanakan bersama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM). Sesi ini diketuai oleh Puan Rafidah binti Datu Derin, Timbalan Setiausaha Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik bersama pegawai-pegawai daripada 8 bahagian dan agensi di bawah KPWKM manakala IYRES diketuai oleh YBrs. Dr. Vellapandian Ponnusamy, Ketua Pegawai Eksekutif bersama 3 pegawai Cawangan Pengurusan Data.

Sesi ini dilaksanakan bagi menerangkan secara terperinci berhubung fungsi dan peranan sistem selaras dengan konsep “Merentas Pelaksana” untuk pembangunan belia di Malaysia dalam memastikan pembangunan belia di negara ini adalah secara bersama berdasarkan fungsi dan keupayaan setiap pelaksana

Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Pengesahan Laporan Sistem eMYInd Bil. 1/ 2021

PUTRAJAYA, 26 Julai 2021 - Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Pengesahan Laporan Sistem eMYInd Bil. 1/ 2021 telah selesai dilaksanakan bersama Ahli Tetap JK Teknikal Pengesahan Laporan Sistem eMYInd. Sesi ini dipengerusikan oleh YBrs. Gs. Dr. Saripah Osman, Pengurus Bahagian Perancangan dan Penyelidikan IYRES . Sebanyak 348 pelaporan program telah disahkan semasa mesyuarat.

Bengkel Teknikal Sistem eMYInd Bersama Focal Point Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

PUTRAJAYA, 23 Julai 2021 – Sesi Teknikal Sistem eMYInd teleh selesai dilaksanakan kepada 42 Focal Point eMYInd mewakili Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di bawah penyelarasan Encik Nasran Hj. Rushdi, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP), KPM. Penerangan Sesi ini telah disampaikan oleh wakil Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) iaitu Puan Mastura Mohamad dan Encik Mohd Rizal Mohd Sham berkaitan pembangunan sistem dan penggunaannya kepada Focal Point dalam memastikan pembangunan belia di negara ini adalah secara bersama berdasarkan fungsi dan keupayaan setiap pelaksana.

Image
INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA
Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Persint 4, Pusat Pentabiran Kerajaan Persekutuan, 62570 Putrajaya
Tel: +603-8871 3417 | Faks: +603-8871 3342 | Emel: info@iyres.gov.my

Peta Laman

Pengenalan

Mesyuarat Jemaah Menteri pada 9 Februari 2011 telah memutuskan untuk Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menjadi penyelaras bagi semua kementerian dan agensi dalam bidang kepakaran belia dan tidak bertindak secara bersendirian. 

Statistik Pengunjung

© 2009-2023 by GPIUTMD