Sesi Penyebarluasan Sistem eMYInd  bersama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM)

Sesi Penyebarluasan Sistem eMYInd bersama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM)

PUTRAJAYA, 13 Ogos 2021 – Sesi Penyebarluasan Sistem eMYInd sebagai Sistem Pemantauan Program dan Aktiviti Belia telah selesai dilaksanakan bersama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM). Sesi ini diketuai oleh Puan Rafidah binti Datu Derin, Timbalan Setiausaha Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik bersama pegawai-pegawai daripada 8 bahagian dan agensi di bawah KPWKM manakala IYRES diketuai oleh YBrs. Dr. Vellapandian Ponnusamy, Ketua Pegawai Eksekutif bersama 3 pegawai Cawangan Pengurusan Data.

Sesi ini dilaksanakan bagi menerangkan secara terperinci berhubung fungsi dan peranan sistem selaras dengan konsep “Merentas Pelaksana” untuk pembangunan belia di Malaysia dalam memastikan pembangunan belia di negara ini adalah secara bersama berdasarkan fungsi dan keupayaan setiap pelaksana

Image
INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA
Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Persint 4, Pusat Pentabiran Kerajaan Persekutuan, 62570 Putrajaya
Tel: +603-8871 3417 | Faks: +603-8871 3342 | Emel: info@iyres.gov.my

Peta Laman

Aplikasi Mudah Alih



Statistik Pengunjung

© 2009-2024 by GPIUTMD