Bengkel Training of Trainers (TOT) Sistem eMYInd Siri 10 Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) Peringkat Negeri Pahang
PAHANG, 18 Ogos 2022- Bengkel Training of Trainers (TOT) Sistem eMYInd Siri 10 Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) Peringkat Negeri Pahang telah selesai dilaksanakan di Hotel Copthorne, Cameron Highlands. Bengkel ini disertai 27 orang Focal Point eMYInd yang terdiri daripada Pegawai Belia dan Sukan Negeri dan Daerah yang berperanan sebagai Pentadbir Agensi dan Pengguna Sistem eMYInd. Sesi penutup bengkel turut disampaikan oleh YBrs. Encik Mu'azamir Bin Haji Jili, Pengarah JBSN Pahang. Sesi telah dikendalikan oleh Encik Mohd Rizal Mohd Sham dan dibantu Cik Wan Suriani Wan Jamal dan Encik Mohd Noorsham Che' Mat.
Bengkel TOT Sistem eMYInd akan diteruskan pelaksanaannya sepanjang bulan Julai sehingga September 2022 dengan melibatkan 15 siri bengkel bagi memberi pendedahan dan pemahaman secara menyeluruh berkaitan pembangunan dan modul-modul dalam Sistem eMYInd di kalangan Focal Point peringkat JBSN Negeri dan Daerah. Melalui pelaksanaan bengkel ini diharapkan agar sistem eMYInd diaplikasikan secara optimum dalam pemantauan dan penjanaan program dan aktiviti pembangunan belia di peringkat negeri dan daerah.