Bengkel Training of Trainers (TOT) Sistem eMYInd Siri 8 Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) Peringkat Negeri Pulau Pinang
PULAU PINANG, 9 Ogos 2022- Bengkel Training of Trainers (TOT) Sistem eMYInd Siri 8 Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) Peringkat Negeri Pulau Pinang telah selesai dilaksanakan di Bilik Mesyuarat Aras 2, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang. Sesi ini telah dikendalikan oleh Dr Vellapandian Ponnusamy, En Mohd Rizal Mohd Sham dan Cik Nur Aqilah Syazwani.
Seramai 13 orang Focal Point eMYInd telah terlibat sesi ini yang terdiri daripada Peg Belia Sukan Daerah dan Negeri Pulau Pinang berperanan sebagai Pentadbir Agensi dan Pengguna Sistem.
Bengkel TOT Sistem eMYInd ini dilaksanakan bagi memberi pendedahan dan pemahaman secara menyeluruh berkaitan pembangunan dan modul-modul dalam Sistem eMYInd dalam kalangan Focal Point peringkat JBSN Negeri dan Daerah.
Melalui pelaksanaan bengkel ini diharapkan agar sistem eMYInd diaplikasikan secara optimum dalam pemantauan dan penjanaan program dan aktiviti pembangunan belia di peringkat negeri dan daerah.