Bengkel Training of Trainers (TOT) Sistem eMYInd Siri 11 Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) Peringkat Negeri Terengganu
Terengganu, 21 Ogos 2022 - Bengkel Training of Trainers (TOT) Sistem eMYInd Siri 11 Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) Peringkat Negeri Terengganu telah selesai dilaksanakan di Makmal Bahasa 2, Kompleks Kuliah Pusat, Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Sesi ini dikendalikan oleh Encik Mohd Rizal Mohd Sham dan dibantu oleh Encik Muhammad Ridzuan Mohd Rohani.
Seramai 15 orang Focal Point eMYInd yang terdiri daripada Pegawai Belia Sukan Daerah dan Negeri Terengganu berperanan sebagai Pentadbir Agensi dan Pengguna Sistem.
Bengkel TOT Sistem eMYInd akan diteruskan pelaksanaannya sepanjang bulan Julai sehingga September 2022 dengan melibatkan 15 siri bengkel bagi memberi pendedahan dan pemahaman secara menyeluruh berkaitan pembangunan dan modul-modul dalam Sistem eMYInd di kalangan Focal Point peringkat JBSN Negeri dan Daerah. Melalui pelaksanaan bengkel ini diharapkan agar sistem eMYInd diaplikasikan secara optimum dalam pemantauan dan penjanaan program dan aktiviti pembangunan belia di peringkat negeri dan daerah.