Bengkel Training of Trainers (TOT) Sistem eMYInd Siri 3 Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) Peringkat Negeri Sembilan
NEGERI SEMBILAN, 25 Julai 2022- Bengkel Training of Trainers (TOT) Sistem eMYInd Siri 3 Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) Peringkat Negeri Sembilan telah selesai dilaksanakan di Makmal Komputer Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan. Sesi ini dikendalikan oleh Puan Mastura Mohamad dan Encik Mohd Rizal Mohd Sham, Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) dengan melibatkan penyertaan seramai 14 orang Focal Point eMYInd yang berperanan sebagai Pentadbir Agensi dan Pengguna Sistem.
Bengkel TOT Sistem eMYInd akan dilaksanakan oleh IYRES sepanjang Julai- Ogos 2022 dengan melibatkan 15 siri bengkel bagi memberi pendedahan dan pemahaman secara menyeluruh berkaitan pembangunan dan modul-modul dalam Sistem eMYInd di kalangan Focal Point peringkat JBSN Negeri dan Daerah. Melalui pelaksanaan bengkel ini diharapkan agar sistem eMYInd diaplikasikan secara optimum dalam pemantauan dan penjanaan program dan aktiviti pembangunan belia di peringkat negeri dan daerah.