Bengkel Training of Trainers (TOT) Sistem eMYInd Siri 4 Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) Peringkat Negeri Johor 

Bengkel Training of Trainers (TOT) Sistem eMYInd Siri 4 Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) Peringkat Negeri Johor 

Bengkel Training of Trainers (TOT) Sistem eMYInd Siri 4 Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) Peringkat Negeri Johor 

 

JOHOR, 31 Julai 2022- Bengkel Training of Trainers (TOT) Sistem eMYInd Siri 4 Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) Peringkat Negeri Johor telah selesai dilaksanakan di Makmal Komputer Jabatan Kesihatan Negeri Johor Tingkat 9, Blok B, Wisma Persekutuan Johor .  Sesi ini dikendalikan oleh Encik Mohd Rizal Mohd Sham dan dibantu oleh Encik Muhammad Ridzuan Mohd Rohani Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) dengan melibatkan penyertaan seramai 15 orang Focal Point eMYInd yang berperanan sebagai Pentadbir Agensi dan Pengguna Sistem.

Bengkel TOT Sistem eMYInd akan dilaksanakan oleh IYRES sepanjang Julai- Ogos 2022 dengan melibatkan 15 siri bengkel bagi memberi pendedahan dan pemahaman secara menyeluruh berkaitan pembangunan dan modul-modul dalam Sistem eMYInd di kalangan Focal Point  peringkat JBSN Negeri dan Daerah.  Melalui pelaksanaan bengkel ini diharapkan agar sistem eMYInd diaplikasikan secara optimum dalam pemantauan dan penjanaan program dan aktiviti pembangunan belia di peringkat negeri dan daerah.

Image
INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA
Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Persint 4, Pusat Pentabiran Kerajaan Persekutuan, 62570 Putrajaya
Tel: +603-8871 3417 | Faks: +603-8871 3342 | Emel: info@iyres.gov.my

Peta Laman

Aplikasi Mudah Alih



Statistik Pengunjung

© 2009-2024 by GPIUTMD