PELAKSANAAN BENGKEL TRAINING OF TRAINER (TOT) KEPADA PENTADBIR SISTEM EMYIND TAHUN 2022
PUTRAJAYA, 26 Mei 2022 - Bengkel Training of Trainers (TOT) Sistem eMYInd telah selesai dilaksanakan kepada Pentadbir Sistem IYRES. Sesi ini dikendalikan oleh Puan Mastura Mohamad dan En Mohd Rizal Mohd Sham bagi meningkatkan pemahaman kepada pentadbir sistem berkaitan modul-modul dan teknikal
penggunaan sistem eMYInd khususnya modul pelaporan Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) di peringkat Negeri dan Daerah.