Bengkel Training of Trainers (TOT) Sistem eMYInd Siri 6 Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) Peringkat Negeri Perak
PERAK, 8 Ogos 2022- Bengkel Training of Trainers (TOT) Sistem eMYInd Siri 6 Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) Peringkat Negeri Perak telah selesai dilaksanakan di Bilik Latihan Komputer, SUK Perak. Sesi ini dikendalikan oleh En Mohd Rizal Mohd Sham dan Cik Nur Aqilah Syazwani. Seramai 26 orang Focal Point eMYInd yang terdiri drpd Peg Belia Sukan Daerah dan Negeri Perak berperanan sebagai Pentadbir Agensi dan Pengguna Sistem.
Bengkel TOT Sistem eMYInd akan diteruskan pelaksanaannya sepanjang bulan Julai- September 2022 dengan melibatkan 15 siri bengkel bagi memberi pendedahan dan pemahaman secara menyeluruh berkaitan pembangunan dan modul-modul dalam Sistem eMYInd di kalangan Focal Point peringkat JBSN Negeri dan Daerah. Melalui pelaksanaan bengkel ini diharapkan agar sistem eMYInd diaplikasikan secara optimum dalam pemantauan dan penjanaan program dan aktiviti pembangunan belia di peringkat negeri dan daerah.