img img-responsive text-center

Bengkel Training of Trainers (TOT) Sistem eMYInd Siri 14 Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) Peringkat Negeri Sarawak

Bengkel Training of Trainers (TOT) Sistem eMYInd Siri 14 Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) Peringkat Negeri Sarawak

 

Sarawak, 6 September 2022 - Bengkel Training of Trainers (TOT) Sistem eMYInd Siri 14 Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) Peringkat Negeri Sarawak telah selesai dilaksanakan di Makmal Komputer, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Sarawak.

Sesi ini dikendalikan oleh Cik Wan Suriani Wan Jamal dan dibantu oleh Cik Nur Azin Azlina Razali dengan melibatkan seramai 19 orang Focal Point eMYInd yang terdiri daripada Pegawai Belia Sukan Negeri dan Bahagian  yang berperanan sebagai Pentadbir Agensi dan Pengguna Sistem.

Bengkel TOT Sistem eMYInd yang terakhir akan diteruskan pelaksanaannya di negeri Kelantan pada 12 September 2022 bagi memberi pendedahan dan pemahaman secara menyeluruh berkaitan pembangunan dan modul-modul dalam Sistem eMYInd di kalangan Focal Point peringkat JBSN Negeri dan Daerah. Melalui pelaksanaan bengkel ini diharapkan agar sistem eMYInd diaplikasikan secara optimum dalam pemantauan dan penjanaan program dan aktiviti pembangunan belia di peringkat negeri dan daerah.

 

Image
INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA
Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Persint 4, Pusat Pentabiran Kerajaan Persekutuan, 62570 Putrajaya
Tel: +603-8871 3417 | Faks: +603-8871 3342 | Emel: info@iyres.gov.my

Peta Laman

Aplikasi Mudah Alih



Statistik Pengunjung

© 2009-2024 by GPIUTMD