Aliran Proses

Aliran Proses

Sistem eMYInd hanya dapat digunakan oleh Focal Point yang telah dilantik dan ianya boleh diakses melalui capaian emyind.iyres.gov.my.

eMYInd ini menyediakan fungsi utama merangkumi :

  1. Kemudahan dashboard yang menyediakan statistik dan laporan secara dinamik;
  2. Penyediaan maklumat program pembangunan belia secara bersepadu;
  3. Penjanaan pelaporan program pembangunan belia secara dinamik;
  4. Penerangan maklumat berkaitan Sistem e-MYInd
  5. Perkongsian Program Inter-Agensi;
  6. Permohonan Sebagai Focal Point eMYInd dan
  7. Paparan Galeri Media

Terdapat 4 peranan utama “Focal Point” dalam sistem eMYInd iaitu:

  1. Pentadbir Agensi
    (Penyelaras)
  2. Pengguna
    (Merekod maklumat program)
  3. Pegawai Pelulus
    (Memperaku Maklumat program); dan
  4. Eksekutif
    (Pemerhati: Memantau Pelaksanaan program secara menyeluruh merentas Jabatan/Agensi dibawah selian).

Focal Point yang bertanggungjawab sebagai Pentadbir Agensi akan dibekalkan maklumat pengguna oleh Pentadbir Sistem (Admin). Pentadbir Agensi ini perlu mengenalpasti Pengguna (Mengikut keperluan) dan seorang Pegawai Pelulus di peringkat agensi masing-masing.

Pengguna agensi perlu merekodkan program secara berkala merangkumi:

  1. Maklumat am program
  2. Kumpulan sasar pelaksanaan program
  3. Maklumat pelaksana program
  4. Pencapaian program

Maklumat-maklumat yang direkod oleh pengguna perlu dihantar kepada Pentadbir Agensi bagi tujuan semakan dan seterusnya Pentadbir Agensi perlu menghantar maklumat yang telah disemak kepada pegawai pelulus di peringkat agensi masing-masing bagi tujuan perakuan maklumat program.

Maklumat-maklumat yang telah diperakukan diperingkat agensi akan disahkan oleh Pentadbir Sistem eMYInd.

Berikut merupakan aliran proses dan tugas setiap peranan dalam sistem eMYInd:

Image
INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA
Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Persint 4, Pusat Pentabiran Kerajaan Persekutuan, 62570 Putrajaya
Tel: +603-8871 3417 | Faks: +603-8871 3342 | Emel: info@iyres.gov.my

Peta Laman

Pengenalan

Mesyuarat Jemaah Menteri pada 9 Februari 2011 telah memutuskan untuk Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menjadi penyelaras bagi semua kementerian dan agensi dalam bidang kepakaran belia dan tidak bertindak secara bersendirian. 

Statistik Pengunjung

© 2009-2024 by GPIUTMD