Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Pengesahan Laporan Sistem eMYInd Bil. 1/ 2021

PUTRAJAYA, 26 Julai 2021 - Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Pengesahan Laporan Sistem eMYInd Bil. 1/ 2021 telah selesai dilaksanakan bersama Ahli Tetap JK Teknikal Pengesahan Laporan Sistem eMYInd. Sesi ini dipengerusikan oleh YBrs. Gs. Dr. Saripah Osman, Pengurus Bahagian Perancangan dan Penyelidikan IYRES . Sebanyak 348 pelaporan program telah disahkan semasa mesyuarat.

Bengkel Teknikal Sistem eMYInd Bersama Focal Point Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

PUTRAJAYA, 23 Julai 2021 – Sesi Teknikal Sistem eMYInd teleh selesai dilaksanakan kepada 42 Focal Point eMYInd mewakili Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di bawah penyelarasan Encik Nasran Hj. Rushdi, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP), KPM. Penerangan Sesi ini telah disampaikan oleh wakil Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) iaitu Puan Mastura Mohamad dan Encik Mohd Rizal Mohd Sham berkaitan pembangunan sistem dan penggunaannya kepada Focal Point dalam memastikan pembangunan belia di negara ini adalah secara bersama berdasarkan fungsi dan keupayaan setiap pelaksana.

Sesi Penyebarluasan & Teknikal Sistem eMYInd bersama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

PUTRAJAYA, 22 Jun 2021 – Sesi Penyebarluasan & Teknikal Sistem eMYInd bersama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah dilaksanakan bagi menerangkan penggunaan sistem eMYInd merentas pelaksana pembangunan belia di Malaysia. Sesi ini dihadiri oleh Puan Nor Fariza Idris, Ketua Unit Hal Ehwal Parlimen Sektor Pembangunan Dasar Pendidikan bersama 9 orang Focal Point mewakili KPM manakala IYRES diwakili oleh YBrs. Gs. Dr. Saripah Osman, Pengurus Bahagian Perancangan dan Penyelidikan bersama 3 orang pegawai IYRES.

Sesi Teknikal Sistem eMYInd bersama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)

Putrajaya, 11 Jun 2021 – Sesi Teknikal Sistem eMYInd bersama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang telah dipengerusikan oleh YBrs. Dr. Saripah Osman bersama Puan Mastura Mohamad selesai dilaksanakan kepada focal point KPKT. Manakala Sesi "Hands-on" penggunaan sistem eMYInd telah disampaikan oleh Cik Wan Suriani Wan Jamal.

Image
INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA
Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Persint 4, Pusat Pentabiran Kerajaan Persekutuan, 62570 Putrajaya
Tel: +603-8871 3417 | Faks: +603-8871 3342 | Emel: info@iyres.gov.my

Peta Laman

Aplikasi Mudah Alih



Statistik Pengunjung

© 2009-2024 by GPIUTMD