Nama Program RAKAN MUZIK: BENGKEL INTENSIF MUZIK SIRI 1
Ringkasan Program Bengkel Intensif Muzik ini merupakan program yang akan dilaksanakan dengan sinergi bersama Persatuan Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (IRAMA).

Program ini dapat membantu belia dalam kesamarataan peluang menceburi bidang muzik serta menyertai industri kandungan kreatif khususnya teknologi penerbitan kandungan muzik dan multimedia secara serius mahupun untuk sekadar mengisi masa lapang sebagai hobi

Bengkel Intensif Muzik ini dilaksanakan supaya pendedahan awal terhadap industri muzik terutamanya dalam mengkomersialkan muzik ke arena digital dan streaming dapat diaplikasikan oleh belia untuk meningkatkan kemahiran, mencungkil bakat di samping dapat menjana pendapatan dalam industri muzik tempatan mahupun merentas global.
Objektif Program
Tarikh Program 20/08/2023 Hingga 20/08/2023
Bentuk Program Umum
Terbuka kepada belia berusia 15 hingga 30 tahun yang berminat untuk menceburi bidang muzik.
Jenis Program Bengkel/Klinik/Kursus
Kaedah Pelaksanaan
  • Fizikal - Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) Balik Pulau, Pulau Pinang
Agensi Pelaksana Bahagian Pembangunan Rakan Muda, JBSN
Yuran Pendaftaran Percuma