HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT DAERAH

Kira Detik Ke Permulaan Program


Ringkasan Program

Hari Sukan Negara (HSN) diilhamkan sebagai satu hari ikonik tahunan rakyat Malaysia yang akan dilaksanakan secara serentak di seluruh negara bagi meraikan dan mengiktiraf penglibatan mereka dalam aktiviti sukan, seterusnya menjadikan ia sebagai satu gaya hidup di kalangan rakyat Malaysia. Sambutan HSN telah ditetapkan pelaksanaannya iaitu setiap hari Sabtu Minggu Kedua pada bulan Oktober setiap tahun.

Objektif Program

  • Memberi kesedaran tentang kepentingan amalan gaya hidup cergas dan aktif dengan menjadikan aktiviti sukan dan kecergasan sebagai sebagai rutin harian untuk meningkatkan tahap kesihatan rakyat. Penyertaan aktiviti sukan yang lebih luas di semua peringkat diberi keutamaan bagi memupuk perpaduan dan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat dan mewujudkan persekitiran yang kondusif melalui pelbagai program dan penggunaan kemudahan sukan
  • Meningkatkan penglibatan dan penyertaan masyarakat dalam aktiviti sukan ke arah pembudayaan sukan yang menyeluruh dalam pelbagai bidang sukan, aktiviti kecergasan dan rekreasi melalui pelaksanaan program sukan untuk semua yang komprehensif. Ini adalah selaras dengan Rancangan Malaysia Kedua belas (RMKe-12) 2021 - 2025 di bawah Bidang Keutamaan D: Memanfaatkan Sukan Dalam Membina Masyarakat Yang Aktif menggariskan sebanyak 3 strategi yang memfokuskan kepada gaya hidup aktif dalam kalangan rakyat akan terus digalakkan dengan membangunkan ekosistem sukan yang menyeluruh.
  • Meningkatkan dan menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat yang pelbagai kaum agar terus bersatu untuk terus kekal aktif dan cergas. Sukan adalah instrumen terbaik untuk perpaduan rakyat serta platform penyatuan Malaysia Madani yang merupakan satu daripada fokus Kerajaan Perpaduan.
  • Menggalakkan pembangunan ekonomi negara melalui pembangunan industri sukan supaya menjadi salah satu teras penting dalam membangunkan Malaysia Madani dengan menggalakkan rakyat untuk terus bersukan melalui pembelian dan penjualan barangan sukan dan secara tidak langsung dapat memberikan sokongan kepada ekosistem sektor sukan dan rekreasi
  • Memberikan pengiktirafan kepada rakyat Malaysia yang terlibat secara aktif dalam pembangunan dan penganjuran sukan di peringkat akar umbi.
Tarikh Program 14/10/2024 Hingga 14/10/2024
Bentuk Program Umum
Jenis Program Temasya/Karnival
Gaya Hidup Rakan Muda Rakan Aktif
Kaedah Pelaksanaan
Agensi Pelaksana Bahagian Pembangunan Sukan, JBSN
Yuran Pendaftaran Percuma
Pegawai Perhubungan Nurul Azieah Ajin Abdullah
Bahagian PBSD Seremban (Unit Sukan)
No. Telefon 0189625658
Emel azieah@kbs.gov.my

Pendaftaran Program

Pengguna Sedia Ada



Pengguna Baru