RAKAN MUDA TURUN PADANG @PAHANG 2024

Telah Berlangsung Pada


Ringkasan Program

Kesukarelawanan bukan sekadar suatu pembelajaran malah ia merupakan satu proses meningkatkan kesedaran dan keperihatinan serta melahirkan rasa kebertanggungjawaban di kalangan belia tentang kepentingan penglibatan juga sumbangan mereka secara bersepadu dalam aktiviti kemasyarakatan untuk pembangunan bangsa dan negara.

Melalui aktiviti sukarelawan membolehkan masyarakat networking dan jalinan kerjasama antara masyarakat, badan-badan kerajaan dan bukan kerajaan (NGO) mahupun persatuan-persatuan tempatan atau antarabangsa yang akhirnya membolehkan mereka menjadi duta sosial yang mampu memberikan sumbangan kepada negara.

Kesukarelawanan secara definisinya adalah kerja-kerja kebajikan yang dilakukan tanpa sebarang bayaran atau ganjaran kewangan berpaksikan secara sukarela dengan matlamat akhirnya dapat memanfaatkan pihak yang memerlukan. Majoriti sukarelawan memberikan masa, tenaga dan wang ringgit dalam aktiviti kesukarelawanan yang dilakukan dengan persatuan, badan-badan Kerajaan dan bukan bukan Kerajaan.


Objektif Program

  • Membentuk jati diri seorang sukarelawan yang berwawasan dan bersemangat tinggi dari segi ketahanan fizikal dan mental Memberi peluang dan ruang bertukar pengalaman dan perkongsian pendapat antara sukarelawan daripada pelbagai bangsa dan agama. Memperkasa peranan anak muda sebagai seorang pemimpin yang berkaliber dan berwawasan. Menerapkan nilai sukarelawan yang boleh berdikari dalam menghadapi pelbagai cabaran dan situasi mendatang.
Tarikh Program 13/02/2024 Hingga 13/02/2024
Bentuk Program Umum
Jenis Program Program Khas
Gaya Hidup Rakan Muda Tiada Kaitan
Kaedah Pelaksanaan
  • Fizikal - STADIUM DARUL MAKMUR, KUANTAN, DEWAN KOMPLEKS UMPSA DAN AMD GAMBANG
Agensi Pelaksana Bahagian Pembangunan Rakan Muda, JBSN
Yuran Pendaftaran Percuma
Pegawai Perhubungan MUHAMMAD ADAM AFIQ BIN YUSOF
Bahagian BAHAGIAN PEMBANGUNAN RAKAN MUDA
No. Telefon 017-3070407
Emel adamafiq@kbs.gov.my