STRESS TO SERENITY

Telah Berlangsung Pada


Ringkasan Program

Laporan ini merupakan sebuah rangka program yang bakal dijalankan dalam sebuah organisasi
NGO (Non-Government Organization) iaitu Adab Youth Garage (AYG) yang menekankan
mengenai isu burnout dan penerapan mindfulness. Program ini bakal dijalankan di ADAB Youth
Garage (AYG) yang terletak di Bangi dan telah ditubuhkan oleh Encik Muhammad Nizam Bin
Samsudin pada 2011. AYG merupakan sebuah NGO yang membangunkan pusat belia dan
komuniti setempat untuk membantu mereka yang menghadapi cabaran hidup, khususnya dalam
kalangan belia dan kemiskinan bandar. Pusat ini diuruskan oleh pekerja belia sepenuhnya bagi
mengetengahkan konsep mesra belia. Antara program utama yang dijalankan AYG adalah
pendidikan di mana mereka membantu kanak-kanak asnaf di Projek Perumahan Rakyat dengan
memastikan mereka mendapat akses kepada pendidikan yang berkualiti serta diberikan sokongan,
bimbingan dan motivasi yang sepatutnya. AYG kini sudah mempunyai 10 cawangan iaitu lapan
terletak di Selangor, satu di Johor dan satu lagi di Pulau Pinang. AYG sudah berdiri kukuh sebagai
sebuah organisasi dan semestinya mempunyai jumlah pekerja yang ramai bagi memastikan
organisasi ini dapat dijalankan dengan baik bagi mencapai misi dan visi mereka.

Objektif Program

  • Menerangkan konsep burnout dan faktor risiko yang membawa kepada sindrom burnout di tempat kerja.
  • Mengenal pasti kesan burnout kepada diri sendiri dan kepada persekitaran tempat kerja.
  • Menilai tahap pengetahuan mindfulness pekerja di tempat kerja.
  • Memberi pendedahan cara untuk menggunakan terapi mindfulness untuk menangani burnout dan sebagai daya tidak balas sebelum berlakunya burnout di tempat kerja.
Tarikh Program 10/01/2024 Hingga 10/01/2024
Bentuk Program Tertutup
Kakitangan Adab Youth Garage, pekerja belia AYG dan staff pengurusan
Jenis Program Bengkel/Klinik/Kursus
Gaya Hidup Rakan Muda Tiada Kaitan
Kaedah Pelaksanaan
  • Fizikal - AYG Bangi, Seksyen 1 Bandar Baru Bangi
Agensi Pelaksana Adab Youth Garage
Yuran Pendaftaran Percuma
Pegawai Perhubungan Kamarul Azami Mohd Zaini
Bahagian
No. Telefon 019-2770412
Emel kamzyghebat@gmail.com

Pendaftaran Ditutup Kerana Penyertaan Penuh