RAKAN MUZIK: RENTAK SENI

Telah Berlangsung Pada


Ringkasan Program

Rentak Seni merupakan satu program yang berkonsepkan pendedahan dan penglibatan belia dalam sesi pembelajaran muzik, kesenian, dan kebudayaan yang melibatkan pemahaman dan pengembangan keterampilan dalam pelbagai aspek seni dan budaya di Malaysia. Antaranya adalah seperti bermain alat muzik, menari, atau menghasilkan karya seni yang membolehkan mereka mengembangkan keterampilan dan potensi secara langsung dan menghargai aspek kesenian dan kebudayaan yang dipelajari.

Program ini dipilih berdasarkan kepada populariti di kalangan masyarakat setempat tanpa mengenal batas umur, bangsa, agama dan latar belakang. Program ini akan dilaksanakan di semua kawasan/ daerah/ bahagian di seluruh Negara secara santai dan muafakat.

Objektif Program

  • Menggalakkan belia untuk menjaga, memelihara, dan mempromosikan warisan seni tradisional Malaysia, seperti tarian tradisional, seni muzik tradisional, alat muzik dan lain-lain.
  • Membimbing pelajar dalam pengembangan keterampilan asas seperti penguasaan nada, ritma, dan teknik bermain yang betul dan tepat.
  • Mengembangkan kemampuan dan potensi belia dalam bidang seni muzik, seni tarian dan sebagainya.
  • Meningkatkan kesedaran dan kebolehan dalam memahami kepelbagaian etnik di Malaysia serta seni dan budaya yang unik dari setiap kumpulan etnik
Tarikh Program 22/03/2024 Hingga 23/03/2024
Bentuk Program Umum
Jenis Program Bengkel/Klinik/Kursus
Gaya Hidup Rakan Muda Rakan muzik
Kaedah Pelaksanaan
Agensi Pelaksana Bahagian Pembangunan Rakan Muda, JBSN
Yuran Pendaftaran Percuma
Pegawai Perhubungan
Bahagian
No. Telefon
Emel