RAKAN EKSPRESI: RAKAN MUDA RAMADAN

Telah Berlangsung Pada


Ringkasan Program

Program Rakan Ekspresi: Rakan Muda Ramadan merupakan sebuah program ikonik Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN). Ia merupakan program penghayatan bulan Ramadan dengan pengisian aktiviti kerohanian seumpama bertadarus dan khatam al-Quran, tazkirah, iftar, solat terawih dan beberapa aktiviti lain yang bersesuaian. Pelaksanaan program adalah di peringkat negeri dengan kerjasama daerah dan agensi-agensi bersesuaian.

Objektif Program

  • 1. Sebagai satu platform yang dapat menarik minat belia untuk menghidupkan bulan Ramadan al-Mubarak dengan pengisian aktiviti dan program kerohanian.
  • 2. Melatih belia untuk membaca, memahami dan mengamalkan ajaran al-Quran dalam kehidupan seharian.
  • 3. Membudayakan amalan sunnah dalam kalangan belia sepanjang bulan Ramadan.
  • 4. Mengeratkan persaudaraan dan ukhuwwah dalam kalangan belia daripada pelbagai latar belakang.
Tarikh Program 28/03/2024 Hingga 28/03/2024
Bentuk Program Umum
Belia 13 sehingga 30 tahun
Jenis Program Program Khas
Gaya Hidup Rakan Muda Rakan Ekspresi
Kaedah Pelaksanaan
  • Fizikal - MASJID HAJI MUHAMMAD YASSIN, PAGOH, MUAR, JOHOR
Agensi Pelaksana Bahagian Pembangunan Rakan Muda, JBSN
Yuran Pendaftaran Percuma
Pegawai Perhubungan FADHILAH BINTI HAJI TAHAR
Bahagian PEMBANGUNAN RAKAN MUDA
No. Telefon 012 9040752
Emel fadhilah.ht@kbs.gov.my