RAKAN EKSPRESI: RAKAN MUDA RAMADAN

Telah Berlangsung Pada


Ringkasan Program

Program Rakan Ekspresi: Rakan Muda Ramadan merupakan sebuah program ikonik Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN). Ia merupakan program penghayatan bulan Ramadan dengan pengisian aktiviti kerohanian seumpama bertadarus dan khatam al-Quran, tazkirah, iftar, solat terawih dan beberapa aktiviti lain yang bersesuaian. Pelaksanaan program adalah di peringkat negeri dengan kerjasama daerah dan agensi-agensi bersesuaian.

Objektif Program

  • 1. Sebagai satu platform yang dapat menarik minat belia untuk menghidupkan bulan Ramadan al-Mubarak dengan pengisian aktiviti dan program kerohanian.
  • 2. Melatih belia untuk membaca, memahami dan mengamalkan ajaran al-Quran dalam kehidupan seharian.
  • 3. Membudayakan amalan sunnah dalam kalangan belia sepanjang bulan Ramadan.
  • 4. Mengeratkan persaudaraan dan ukhuwwah dalam kalangan belia daripada pelbagai latar belakang.
Tarikh Program 03/04/2024 Hingga 03/04/2024
Bentuk Program Umum
Belia 13 sehingga 30 tahun
Jenis Program Program Khas
Gaya Hidup Rakan Muda Rakan Ekspresi
Kaedah Pelaksanaan
  • Fizikal - Masjid Salmah Khamis, Masjid Tanah, Melaka
Agensi Pelaksana Bahagian Pembangunan Rakan Muda, JBSN
Yuran Pendaftaran Percuma
Pegawai Perhubungan Muhammad Mohsien bin Jamaluddin
Bahagian Bahagian Pembangunan Rakan Muda
No. Telefon 06-2345900
Emel mohsien@kbs.gov.my