RAKAN BUMI : LESTARI HIJAU (SIRI 1)

Telah Berlangsung Pada


Ringkasan Program

Program ini akan dilaksanakan secara santai dan tidak formal dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia / Negeri, Kerajaan Negeri, Jabatan Belia dan Sukan Negeri, Pejabat Belia dan Sukan Daerah/ Bahagian/ Kawasan, Persatuan/Kelab Belia dan Rakan Muda Negeri/Daerah dan agensi-agensi di bawah Kerajaan Tempatan dan NGO’s.

Program ini akan dilaksanakan selama satu (1) hari melibatkan aktiviti gotong-royong serta memulihara kawasan sekitar di lokasi yang ditetapkan oleh pihak berkenaan.

Program ini memberi penekanan kepada aktiviti memulihara alam sekitar di kawasan persisiran pantai, sungai, kawasan taman rekreasi, tapak perkhemahan, pusat pelancongan atau mana-mana tempat awam yang difikirkan sesuai dalam pelaksanaannya.

Objektif Program

  • Meningkatkan kesedaran semua pihak mengenai pentingnya kawasan litupan hijau dan hutan untuk kesejahteraan dan kualiti hidup selain usaha untuk menambahbaik ekosistem dan biodiversiti negara kita.
  • Meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan penjagaan alam sekitar dan kawasan berhutan serta memupuk semangat cintakan alam semula jadi dan pengekalan kawasan litupan hijau.
  • Pengisian program akan membantu menyuburkan semangat patriotisme dalam jiwa belia dengan memberikan khidmat bakti secara sukarela kepada negara melalui program pemuliharaan alam semula jadi.
  • Program ini juga bertujuan untuk mendedahkan kepada belia berkaitan kepentingan memulihara kelestarian alam semula jadi di samping menjalankan aktiviti yang sihat serta membantu memelihara keindahan alam sekitar melalui kerja khidmat komuniti yang dilaksanakan serentak dengan aktiviti riadah dan rekreasi.
Tarikh Program 01/06/2024 Hingga 01/06/2024
Bentuk Program Umum
Jenis Program Lain-lain
Gaya Hidup Rakan Muda Rakan Bumi
Kaedah Pelaksanaan
  • Fizikal - BUKIT MELATI NILAI SEREMBAN NEGERI SEMBILAN
Agensi Pelaksana Bahagian Pembangunan Rakan Muda, JBSN
Yuran Pendaftaran Percuma
Pegawai Perhubungan MUHAMMAD WAISULKARNI BIN SULAIMAN
Bahagian RAKAN MUDA
No. Telefon 0122751955
Emel ajie2338@gmail.com