Telah Berlangsung Pada
Ringkasan Program
1 Penjelajahan Lasak ARPRM IKTBN Sepang ini dirancang bagi mengeratkan hubungan dan membina semangat kerjasama dan cintakan alam sekitar. Program ini adalah bertujuan untuk memenuhi keperluan melengkapkan komponen Pingat Perak bagi ARPRM peserta.
2 Program ini akan diadakan bagi memenuhi kehendak dan permintaan pelajar yang mahukan aktiviti sukan rekreasi yang mencabar minda dan fizikal dengan suasana luar daripada institut tetapi dilaksanakan mengikut ketetapan dengan norma baru mematuhi SOP Sukan dan Rekreasi oleh pihak Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.
Objektif Program
- Dapat melahirkan pelajar yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik malah juga dalam bidang sukan dan rekreasi.
- Memberi peluang kepada para pelajar untuk merasai sendiri pengalaman dalam menyertai sukan rekreasi.
- Membina, memupuk dan melahirkan pelajar yang kuat fizikal dan jati diri serta dapat mewujudkan sikap daya asing yang kuat dalam kalangan para pelajar.
- Mengeratkan hubungan silaturrahim dalam kalangan para pelajar.
- Membudayakan sukan dan rekreasi.
- Membina jati diri dan memupuk semangat bermasyarakat di dalam komuniti.