HBN PERINGKAT KEBANGSAAN 2024 : AKTIVITI SEGMEN RAKAN AKTIF

Telah Berlangsung Pada


Ringkasan Program

Untuk tahun Sambutan HBN 2024, akan menerapkan konsep himpunan
komuniti dari pelbagai latar belakang serta aktiviti seperti pameran, pertunjukkan,
persembahan, pertandingan, bengkel, perkongsian serta aktiviti mari mencuba
berteraskan 10 gaya hidup rakan muda.

Objektif Program

  • Sambutan HBN 2024merupakan salah satu program utama Majlis Belia Malaysia dan Badan Gabungan MBM dalam menyemarakkan sambutan Hari Belia Negara setiap tahun.
  • Pelaksanaan Sambutan HBN menggambarkan kepentingan golongan belia sebagai aset dalam proses pembangunan negara. Sambutan HBN menjadi simbol kebersamaan belia dan Kerajaan dalam proses membangunkan belia secara holistik yang mewujudkan suasana aman, harmoni dan semangat cintakan negara.
  • Sambutan HBN juga memperlihatkan golongan belia sebagai kelompok masyarakat yang perlu diberi perhatian dan pengiktirafan.
  • Sambutan ini juga sebagai salah satu platform untuk pertubuhan belia mendekati belia massa untuk mempromosikan pertubuhan belia dalam usaha menambah ahli persatuan belia.
Tarikh Program 25/05/2024 Hingga 26/05/2024
Bentuk Program Umum
Tiada Syarat Program
Jenis Program Temasya/Karnival
Gaya Hidup Rakan Muda Rakan Aktif
Kaedah Pelaksanaan
Agensi Pelaksana Bahagian Pembangunan Rakan Muda, JBSN
Yuran Pendaftaran Percuma
Pegawai Perhubungan Mohamad fadhlir Rahman bin Mohamad Nazir
Bahagian Bahagian Pembangunan Rakan Muda
No. Telefon 019-5205132
Emel fadhlir@kbs.gov.my