KURSUS USAHAWAN DIGITAL-FLIPPING MASTERY

Telah Berlangsung Pada


Ringkasan Program

Kursus Usahawan Digital @ APBMBG 2024 - Flipping Mastery adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para belia untuk mendapatkan ilmu pengetahuan bagi meningkatkan kaedah pemasaran produk melalui pencarian produk, membina laman jualan dan seterusnya pengiklanan di platform media sosial. Program ini juga membantu kepada peserta berkaitan dengan penggunaan aplikasi dan kaedah pemasaran secara lebih efektif selain meningkatkan pendapatan dalam perniagaan secara pendigitalan.

Objektif Program

  • 1)Memberi pendedahan dan kefahaman kepada usahawan belia mengenai kepentingan pemasaran digital melalui aplikasi Flipping Mastery sebagai medium yang digunakan selain mempelajari kaedah pemasaran secara digital secara keseluruhan. 2)Meningkatkan pengetahuan dan pembudayaan peserta ke arah keusahawanan perniagaan secara digital serta mempelajari teknik dan tip mengikut perubahan teknologi dan trend pernigaan pada masa kini. 3)Memberi bimbingan dan konsultansi melalui pemasaran digital yang merangkumi sokongan dengan menyediakan platform pemasaran untuk belia bagi melaksanakan sesuatu aktiviti perniagaan yang berorientasikan keuntungan dengan matlamat akhirnya memberi manfaat kepada masyarakat keseluruhannya
Tarikh Program 27/05/2024 Hingga 29/05/2024
Bentuk Program Umum
1)Warganegara Malaysia
2)Belia berumur 18-40 tahun
Jenis Program Bengkel/Klinik/Kursus
Gaya Hidup Rakan Muda Rakan Niaga
Kaedah Pelaksanaan
  • Fizikal - INSTITUT LATIHAN ISLAM MALAYSIA (ILIM) BANGI SELANGOR
Agensi Pelaksana Akademi Pembangunan Belia Malaysia Batu Gajah
Yuran Pendaftaran Percuma
Pegawai Perhubungan SUHAINI BINTI SAMSUDIN
Bahagian PENGEMBANGAN DAN INOVASI
No. Telefon 053657072
Emel suhaini@kbs.gov.my