Telah Berlangsung Pada
Ringkasan Program
Peranan ekspresi dapat dijadikan medium bagi individu menginterpretasikan perasaan mereka dengan kreatif. Bakat dapat diserlahkan apabila minda dan deria pelajar terangsang sekaligus meningkatkan pemahaman serta menjadikan pembelajaran mereka lebih berkesan.
Program ini juga memberi peluang kepada tenaga pengajar untuk mengesan kepekaan pelajar dalam berinteraksi dengan orang sekeliling dan mengetengahkan bakat sendiri. Menurut Kementerian Belia dan Sukan, Pelaksanaan program ini pada tahun 2023 telah mendapat sebanyak 3,369 penyertaan pelajar dari semua ILKBS.
Objektif Program
- Pelaksanaan Program Ekspresi Bakat ILKBS dicadang bagi mencapai perkara-perkara berikut:
(i) meningkatkan keyakinan diri pelajar dalam kemahiran berkomunikasi dan berhadapan dengan audien yang ramai;
(ii) menggalakkan persaingan sihat sesama pelajar ILKBS bagi perkembangan kesihatan mental, jasmani dan rohani;
(iii) memberi ruang dan peluang kepada pelajar untuk menonjolkan bakat serta memperkembangkan kreativiti melalui penyertaan inklusif dalam kalangan pelajar ILKBS; dan
(iv) mengembangkan potensi pelajar dalam penguasaan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.