KURSUS PEMIMPIN ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA TAHUN 2024

Telah Berlangsung Pada


Ringkasan Program

1. Kertas konsep ini disediakan bertujuan untuk memaklumkan konsep pelaksanaan Kursus Pemimpin Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) di seluruh negeri yang akan dilaksanakan secara fizikal dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri.

2. Program kursus ini dirangka bagi menyediakan peluang latihan bagi meningkatkan tahap kecekapan pemimpin mahupun bakal pemimpin dalam pengendalian ARPRM dari pelbagai peringkat. 1. Kursus ini juga terbuka kepada semua Pegawai Rakan Muda Negeri, Pegawai Belia dan Sukan Daerah dan Pegawai di IKBN/ IKTBN, NGO, persatuan/ pertubuhan yang
berdaftar dan juga guru sekolah yang berhasrat untuk mengendalikan ARPRM.

3. Keperluan mengadakan kursus ini dilihat sebagai amat signifikan ekoran daripada sambutan dan penyertaan belia yang semakin meningkat dari tahun ke tahun dengan penglibatan bersepadu daripada pelbagai agensi kerajaan, NGO, dan juga sukarelawan.

Objektif Program

  • 1. Memberi penerangan serta input yang terkini mengenai tugas serta peranan yang harus dimainkan oleh semua pemimpin yang terdiri daripada Pegawai Rakan Muda Negeri, Pegawai Belia dan Sukan Daerah, Pegawai IKBN/ IKTBN, pemimpin Badan Operasi dan sukarelawan anugerah dalam pelaksanaan program ARPRM;
  • 2. Meningkatkan tahap kecekapan dan kemahiran pemimpin dalam pengurusan program ARPRM;
  • 3. Menyediakan peluang perkongsian praktis terbaik di lokaliti masing-masing bagi meningkatkan mutu pengurusan Program ARPRM di seluruh negara;
  • 4. Mengenal pasti cara untuk mengatasi isu serta masalah yang wujud dalam pelaksanaan program ARPRM.
Tarikh Program 17/05/2024 Hingga 19/05/2024
Bentuk Program Umum
1. Berusia 18 tahun ke atas dan berminat untuk menjadi pemimpin serta mengoperasikan program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM).
Jenis Program Bengkel/Klinik/Kursus
Gaya Hidup Rakan Muda Tidak Berkaitan
Kaedah Pelaksanaan
  • Fizikal - Li Hua Hotel, Sibu, Sarawak
Agensi Pelaksana Bahagian Pembangunan Rakan Muda, JBSN
Yuran Pendaftaran Percuma
Pegawai Perhubungan
Bahagian
No. Telefon
Emel