SEMARAK HARI BELIA NEGARA@KBS [PENGUNJUNG]

Telah Berlangsung Pada


Ringkasan Program

Program Semarak HBN Peringkat Kebangsaan diadakan di Menara KBS sebagai simbolik pembukaan Sambutan HBN yang diraikan pada 15 Mei setiap tahun.

Pelaksanaan secara fizikal dengan pengisian aktiviti seperti berikut:
Majlis Perasmian Program Semarak HBN Peringkat Kebangsaan
Bacaan Ikrar Belia Malaysia
Hari Terbuka KBS - Pameran Bahagian/ Agensi KBS
Aktiviti 10 Gaya Hidup Rakan Muda
Kuiz/ Mari Mencuba
Jualan

Pelaksanaan Program Semarak HBN Peringkat Kebangsaan sebagai platform menyampaikan makluman kepada golongan belia berkaitan program-program kementerian merangkumi inisiatif pembangunan potensi dan pengiktirafan belia.



Objektif Program

  • Menyemarakkan suasana dan bahang Sambutan HBN Peringkat Kebangsaan
  • Menyediakan platform strategik kepada pemegang taruh untuk menyumbang kepada pembangunan belia peringkat kebangsaan.
  • Memperluaskan penglibatan belia dalam pelaksanaan Sambutan HBN Peringkat Kebangsaan.
  • Menaikkan semangat kecintaan dan patriotisme kepada golongan belia supaya terus menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negara.
Tarikh Program 15/05/2024 Hingga 15/05/2024
Bentuk Program Umum
Terbuka kepada semua lapisan masyarakat
Jenis Program Temasya/Karnival
Gaya Hidup Rakan Muda Tidak Berkaitan
Kaedah Pelaksanaan
  • Fizikal - Menara KBS
Agensi Pelaksana Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Yuran Pendaftaran Percuma
Pegawai Perhubungan Mohd Rizal Mohd Sham
Bahagian Unit Pengurusan Data
No. Telefon 0388713389/3284
Emel rizal@iyres.gov.my