KURSUS PEMIMPIN DAN SISTEM ARPRM PERINGKAT NEGERI PAHANG 2024

Telah Berlangsung Pada


Ringkasan Program

Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) adalah merupakan sebuah program anugerah yang bertaraf antarabangsa dan kini disertai oleh lebih 140 buah negara di seluruh dunia.

Sebagai ahli kepada The Duke of Edinburgh’s Award Association rantau Asia Pasifik, adalah menjadi tanggungjawab Badan Berkuasa Anugerah Kebangsaan (NAO) iaitu pihak Kementerian Belia dan Sukan melalui Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negara dalam menyokong Jabatan Belia dan Sukan Negeri untuk melaksanakan program seumpama ini bagi menyediakan peluang kepada agensi seperti Badan Bukan Kerajaan, sekolah atau Institusi Pengajian Tinggi melaksanakan aktiviti-aktiviti yang berkaitan.

Kursus ini dirangka bersama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang bagi menyediakan peluang latihan untuk meningkatkan tahap kecekapan Pegawai Belia dan Sukan Daerah dan Pemimpin ARPRM mengendalikan aktiviti-aktiviti berkaitan ARPRM dengan lebih berkesan dan terancang. Ia juga bagi menyediakan Pemimpin dan Badan Operasi ARPRM dengan penggunaan sistem yang diperkenalkan.

Objektif Program

  • Memberi penerangan serta input yang terkini mengenai tugas serta peranan yang harus dimainkan oleh semua Pemimpin, Mentor, Jurulatih, Badan Operasi serta Pegawai Rakan Muda Daerah dalam pelaksanaan program ARPRM.
  • Meningkatkan tahap kecekapan Pemimpin, Mentor, Jurulatih, Badan Operasi serta Pegawai Rakan Muda Daerah dalam pengurusan program ARPRM.
  • Memperkenalkan Sistem ARPRM kepada Pemimpin, Mentor, Jurulatih, Badan Operasi serta Pegawai Rakan Muda Daerah dalam menilai dan memantau pelaksanaan aktiviti-aktiviti oleh para peserta di bawah seliaan mereka.
  • Mengenalpasti cara-cara untuk mengatasi atau meminimakan masalah yang timbul dalam pelaksanaan program ARPRM.
Tarikh Program 02/05/2024 Hingga 02/05/2024
Bentuk Program Umum
Jenis Program Bengkel/Klinik/Kursus
Gaya Hidup Rakan Muda Tiada Kaitan
Kaedah Pelaksanaan
  • Fizikal - DEWAN PPD ROMPIN
Agensi Pelaksana Bahagian Pembangunan Rakan Muda, JBSN
Yuran Pendaftaran Percuma
Pegawai Perhubungan AZROYANA ULLMAGAYU BINTI MOHD RO
Bahagian PEMBANGUNAN RAKAN MUDA
No. Telefon 095164354
Emel ullmahayu@kbs.gov.my