PROGRAM STAR@U MYFUTURE YOUTH PLUS 2024 - ASAS PENDAWAIAN ELEKTRIK

Telah Berlangsung Pada


Ringkasan Program

1. STAR@U: MyFuture Youth Plus diadakan bertujuan menawarkan peluang dan alternatif kepada belia berisiko dan minoriti bagi mendapatkan latihan kemahiran peringkat asas secara modular menerusi kursus jangka pendek, menggunakan kemudahan-kemudahan dan kepakaran teaga pengajar sedia ada di Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) serta mempromosikan TVET KBS.

2. Kumpulan sasaran terdiri daripada golongan belia berisiko dan minoriti berumur antara 15-40 tahun dan mempunyai pendapatan isi rumah dalam kelompok B40 dan M40.

Objektif Program

  • (i) Memberi peluang dan alternatif kepada belia berisiko dan minoriti mendapatkan latihan kemahiran secara modular menerusi kursus jangka pendek; (ii) Memberi pendedahan kepada belia berisiko mengenai peluang untuk mendapatkan pendidikan dan latihan kemahiran secara sepenuh masa di Institut Latihan Kementerian Belia Dan Sukan (ILKBS); dan (iii) Menyediakan platform kepada belia berisiko untuk terlibat dalam aktiviti bermanfaat dan mengelakkan belia berisiko terlibat dalam aktiviti yang tidak bermanfaat atau mendatangkan kemudaratan.
Tarikh Program 21/04/2024 Hingga 25/04/2024
Bentuk Program Bersyarat
- Berumur 15 sehingga 30 tahun
- Warganegara Malaysia
- B40 dan M40
Jenis Program Bengkel/Klinik/Kursus
Gaya Hidup Rakan Muda Tiada Kaitan
Kaedah Pelaksanaan
  • Fizikal - Bengkel Elektrik, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Jitra, Kedah
Agensi Pelaksana Institut Kemahiran Belia Negara Jitra
Yuran Pendaftaran Percuma
Pegawai Perhubungan Mohd Abdul Al Aliff Bin Hj Jenal
Bahagian Hal Ehwal Pelajar
No. Telefon 019 800 2923
Emel aliff@kbs.gov.my

Pendaftaran Ditutup Kerana Penyertaan Penuh