PROGRAM TAYANGAN SKRIN BESAR AFC 2023

Telah Berlangsung Pada


Ringkasan Program

Program Skrin Besar diadakan bertujuan untuk memberi peluang kepada penyokong pasukan Malaysia menonton secara langsung di skrin besar yang disediakan bersama komuniti setempat. Secara tidak langsung ia menggalakkan aktiviti riadah yang sihat kepada komuniti setempat serta dapat mewujudkan dan meningkatkan penyertaan komuniti dalam aktiviti dan menambah nilai jalinan komunikasi di antara masyarakat melalui aktiviti sampingan program sukan yang berbentuk santai. Program ini juga dapat merealisasikan matlamat di bawah Sustainable Development Goals (SDG) iaitu SDG 3- Good Health and Well Being.

Objektif Program

  • Menggalakkan gaya hidup aktif dan cergas dalam kalangan rakyat. Antara strategi yang diberi penekanan adalah menggalakkan penyertaan masyarakat dalam sukan massa di semua peringkat untuk membudayakan sukan melalui kerjasama yang lebih kukuh antara kerajaan, sektor swasta, NGO dan masyarakat.
  • Mengoptimumkan peluang dan penglibatan masyarakat dalam meningkatkan Ekosistem Budaya Sukan serta mewujudkan sebuah masyarakat penyayang dan prihatin.
  • Membentuk semangat patriotik dikalangan kanak-kanak dan dapat memperkukuhkan perpaduan dikalangan masyarakat berbilang kaum serta tanda sokongan kepada atlet untuk mencapai kejayaan.
  • Sebagai platform ini untuk menyampaikan maklumat dan hebahan kepada masyarakat mengenai inisiatif-inisiatif yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan.
Tarikh Program 16/01/2024 Hingga 25/01/2024
Bentuk Program Umum
Jenis Program Program Khas
Gaya Hidup Rakan Muda Tidak Berkaitan
Kaedah Pelaksanaan
  • Fizikal - Bulatan Sultan Azlan Shah Meru Raya, Ipoh
Agensi Pelaksana Bahagian Pembangunan Sukan, JBSN
Yuran Pendaftaran Percuma
Pegawai Perhubungan Nor Azam Bin Mohd Noh
Bahagian Sukan
No. Telefon
Emel norazam@kbs.gov.my