PROGRAM BOOTCAMP KBS IKBNKL 2024: ASAS LANSKAP

Telah Berlangsung Pada


Ringkasan Program

Program ini akan dijalankan bermula 1hb hingga 31hb Julai 2024 bertempat di Gold Coast Morib Resort dengan pengkhususan latihan dalam bidang asas lanskap melibatkan 20 peserta sahaja. Peserta akan didedahkan dengan teknik-teknik asas lanskap meliputi aspek penjagaan, penyelenggaraan dan pembinaan lanskap melibatkan lanskap sedia ada di Gold Coast Morib Resort atau binaan lanskap yang baru. Peserta akan didedahkan dengan situasi dan persekitaran kerja sebenar. Peserta akan ditawarkan kerja oleh syarikat Gold Coast Morib Resort setelah tamat latihan.


Objektif Program

  • Menyediakan modal insan berkemahiran sama ada sebagai pekerja mahir atau separa mahir mengikut keperluan industri negara melalui kaedah pelaksanaan latihan yang lebih intensif, berkesan serta dijalankan dalam tempoh yang lebih singkat iaitu empat (4) minggu dengan jaminan pekerjaan pada akhir program.
Tarikh Program 01/07/2024 Hingga 31/07/2024
Bentuk Program Bersyarat
Terbuka kepada warganegara Malaysia berumur 18 hingga 30 tahun. Sihat tubu badan dan bersedia untuk terus bekerja dengan syarikat kerjasama setelah tamat latihan.
Jenis Program Program Khas
Gaya Hidup Rakan Muda Tiada Kaitan
Kaedah Pelaksanaan
  • Fizikal - GOLD COAST MORIB RESORT
Agensi Pelaksana Institut Kemahiran Belia Negara Kuala Langat
Yuran Pendaftaran Percuma
Pegawai Perhubungan ZULKIFLI BIN MARLAH @ MARLAN
Bahagian CAWANGAN PENYELARASAN DAN KAWALAN KUALITI/IKBN KUALA LANGAT
No. Telefon 0122123591
Emel zulkifli.m@kbs.gov.my