TADBIR URUS PERTUBUHAN BELIA (L'TUPB 2024) ZON SABAH

Telah Berlangsung Pada


Ringkasan Program

1.Matlamat Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia ialah untuk memastikan pertubuhan belia yang berdaftar di bawah Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 bergerak secara lebih efisyen dan efektif sejajar dengan matlamat pembangunan belia serta peruntukan dalam Akta 668.

2.Bilangan pertubuhan belia yang meningkat telah memberi impak yang amat besar terhadap perkembangan modal insan di Negara ini. Ini menunjukkan satu tanda yang positif dalam membangunkan pertubuhan belia dan menggembleng tenaga belia ke arah yang lebih cemerlang. Pertubuhan belia harus dibimbing dan dikawal selia dari semasa ke semasa selaras dengan Akta 668.

Objektif Program

  • 1. Meningkatkan kefahaman mengenai pelaporan MYKD khususnya Seksyen 22 Akta 668 bagi setiap pertubuhan belia, penarafan bintang, kefahaman mengenai integriti di dalam pertubuhan, pindaan perlembagaan dan penguatkuasaan Akta 668 (Pindaan 2019). 2. Memberi pendedahan dan pengetahuan dan latihan . 3. Mewujudkan komunikasi dua hala Antara PPPB dan Pertubuhan Belia dalam usaha membangunkan Pembangunan Pertubuhan Belia. 4. Meningkatkan tadbir urus pertubuhan belia yang mantap serta mematuhi Akta 668.
Tarikh Program 11/05/2024 Hingga 11/05/2024
Bentuk Program Umum
Jenis Program Bengkel/Klinik/Kursus
Gaya Hidup Rakan Muda Tiada Kaitan
Kaedah Pelaksanaan
Agensi Pelaksana Pendaftar Pertubuhan Belia
Yuran Pendaftaran Percuma
Pegawai Perhubungan SUZIRANI BINTI MUAMAT
Bahagian ROY ZON SABAH
No. Telefon 011 10519879
Emel suzirani@kbs.gov.my