RAKAN BUMI - SELAMATKAN MAKANAN (MYSAVEFOOD RAMADAN) - 2 PROJEK

Telah Berlangsung Pada


Ringkasan Program

Program Rakan Bumi – Selamatkan Makanan (MYSaveFood Ramadan) merupakan satu usaha mengurangkan pembaziran makanan yang terjadi di bazar Ramadan sepanjang bulan Ramadan dengan menyalurkan lebihan makanan peniaga bazar yang tidak terjual kepada golongan yang memerlukan.

Objektif Program

  • i. Menggerakkan aktiviti kesukarelawanan Kelab Rakan Muda yang memberi manfaat kepada ahli dan juga komuniti setempat melalui pembudayaan sistem pengurusan sisa makanan yang efektif
  • ii. Mengurangkan jumlah pembuangan sisa pepejal makanan secara tidak langsung mengurangkan penghasilan gas metana yang menyebabkan pemanasan global
  • iii. Memperkasa peranan Kelab Rakan Muda setempat dengan membina hubungan kerjasama dengan pelbagai pihak seperti agensi kerajaan, swasta, persatuan, pemimpin dan penduduk setempat yang berkaitan
Tarikh Program 14/04/2024 Hingga 28/04/2024
Bentuk Program Umum
Jenis Program Program Khas
Gaya Hidup Rakan Muda Rakan Bumi
Kaedah Pelaksanaan
  • Fizikal - BAZAR RAMADAN BANDAR BARU NILAI (DEPAN MASJID PUTRA) , BAZAR RAMADAN STADIUM PAROI
Agensi Pelaksana Bahagian Pembangunan Rakan Muda, JBSN
Yuran Pendaftaran Percuma
Pegawai Perhubungan ANAS FAKHRI BIN AB AZIZ
Bahagian RAKAN MUDA
No. Telefon 017-3490403
Emel Anas@kbs.gov.my