PESTA RAKAN MUDA MUDI PERINGKAT NEGERI TAHUN 2024

Telah Berlangsung Pada


Ringkasan Program

Pesta Rakan Muda Mudi merupakan program yang berkonsepkan kepada 10 Gaya Hidup Rakan Muda dan akan dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri dengan kerjasama beberapa pihak atau agensi luar yang berkaitan. Pesta ini merupakan kesinambungandaripada program PRMM tahun 2023 yang membawa pelbagai konsep yang menarik minat anak muda terutamanya dalam penyerlahan bakat dan kemahiran serta pendedahan kepada belia tentang sesuatu isu dan cabaran. Antaranya isu kesihatan mental dan kesedaran kenegaraan terhadap belia di samping mempromosikan Rakan Muda di seluruh peringkat.


Objektif Program

  • Menarik belia untuk mendaftar sebagai ahli Rakan Muda, ke arah sejuta belia menjadi ahli Rakan Muda.
  • Memberi ruang kepada masyarakat khususnya belia untuk menyerlahkan potensi diri dalam bidang dan karya seni;
  • Menyediakan platform kepada belia untuk mengekpresikan bakat dan kemahiran mereka dalam bidang seni;
  • Membantu belia untuk berkarya dengan saluran yang sesuai dan betul dengan minat supaya belia dapat mengembangkan minat mereka
Tarikh Program 19/05/2024 Hingga 19/05/2024
Bentuk Program Umum
Terbuka kepada belia berusia 13 hingga 30 tahun
Jenis Program Temasya/Karnival
Gaya Hidup Rakan Muda Rakan muzik
Kaedah Pelaksanaan
  • Fizikal - KOMPLEKS RAKAN MUDA BUKIT KIARA
Agensi Pelaksana Bahagian Pembangunan Rakan Muda, JBSN
Yuran Pendaftaran Percuma
Pegawai Perhubungan FAIZAL LAKIMON
Bahagian ALUMNI RAKAN MUDA
No. Telefon 013-7221882
Emel