PERTANDINGAN ROBOTIK (YOUTH ROBOT CHALLENGE-Y-ROBOC) ILKBS 2024

Telah Berlangsung Pada


Ringkasan Program

Pertandingan Robotik ILKBS yang dikenali sebagai Youth Robot Challenge (Y-RoboC) 2024 merupakan pertandingan anjuran Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB) yang dikelolakan oleh ILKBS. Pertandingan ini diadakan setiap tahun sebagai platform perkongsian idea, pengetahuan dan pendedahan pelajar dan pengajar dalam bidang teknologi robotik. Menyediakan ruang dan tempat kepada golongan
pelajar, belia, masyarakat serta agensi luar untuk mempamerkan bakat, kemampuan dan kehebatan mereka dalam memberi saingan melalui semangat pertandingan yang sihat.

Objektif Program

  • 1. Memupuk dan meningkatkan budaya pemikiran kreatif dan inovatif pelajar bagi penghasilan robot
  • 2. Mewujudkan platform yang boleh mengetengahkan bakat, kemahiran dan hasil reka cipta robot pelajar
  • 3. Menggalakkan persaingan sihat dan keyakinan diri pelajar dalam bidang robotik serta membantu melahirkan modal insan yang berkualiti dalam kalangan pelajar
  • 4. Mengiktiraf hasil kreativiti pelajar yang telah mempamerkan peningkatan tahap kemahiran dalam pelbagai bidang.
Tarikh Program 05/07/2024 Hingga 07/07/2024
Bentuk Program Umum
Jenis Program Kejohanan/Pertandingan
Gaya Hidup Rakan Muda Tiada Kaitan
Kaedah Pelaksanaan
  • Fizikal - IKTBN BUKIT MERTAJAM
Agensi Pelaksana Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, KBS
Yuran Pendaftaran Percuma
Pegawai Perhubungan HAJI EDDY SHAHRANI BIN MOHD SALEH
Bahagian BAHAGIAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN BELIA
No. Telefon 012-5894058
Emel eddyshahrani@kbs.gov.my