PERTANDINGAN WORLDSKILLS MALAYSIA BELIA (WSMB) 2024

Telah Berlangsung Pada


Ringkasan Program

Pertandingan kemahiran Worldskills Malaysia Belia (WSMB) merupakan Pertandingan Kemahiran Kebangsaan yang diadakan setiap tahun melibatkan penyertaan dari pelajar ILKA, ILKS, IPTA, IPTS dan pekerja industri yang berumur tidak melebihi 20 tahun pada tarikh pertandingan diadakan.
WSMB terbahagi kepada dua (2) peringkat iaitu peringkat pra-kelayakan
dan akhir. Penganjuran tahunan WSMB adalah kerjasama diantara Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Kerja Raya (KKR). Pertandingan WSMB yang diadakan setiap tahun ini bertujuan untuk mengiktiraf dan memilih pelajar institusi/kolej kerajaan dan swasta serta pekerja industri yang mempunyai
kemahiran unggul untuk bertanding bagi melayakkan diri ke peringkat kebangsaan dan seterusnya mewakili Malaysia ke peringkat ASEAN, Asia dan Dunia.

Objektif Program

  • 1. Menyediakan platform kepada pelajar dan pengajar yang mempunyai kemahiran yang unggul untuk menunjukkan bakat mereka melalui pertandingan;
  • 2. Sebagai pengiktirafan dan penghargaan secara formal kepada pelajar dan pengajar yang mempunyai kemahiran dan kekompetenan dalam bidang mereka dan seterusnya berpeluang untuk menjadi juara serta mewakili negara ke peringkat antarabangsa;
  • 3. Sebagai pengukur tahap kemahiran pelajar dan kekompetenan tenaga pengajar ILKBS;
  • 4. Mengeratkan hubungan kerjasama strategik ILKBS bersama belia dan agensi TVET negara melalui pertandingan; dan
  • 5. Mempromosikan ILKBS kepada masyarakat dan agensi luar.
Tarikh Program 15/05/2024 Hingga 30/08/2024
Bentuk Program Umum
Jenis Program Kejohanan/Pertandingan
Gaya Hidup Rakan Muda Rakan Mahir
Kaedah Pelaksanaan
  • Fizikal - SELURUH MALAYSIA
Agensi Pelaksana Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, KBS
Yuran Pendaftaran Percuma
Pegawai Perhubungan SHAHRIM BIN MOHD
Bahagian BAHAGIAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN BELIA
No. Telefon 0388713681
Emel shahrim@kbs.gov.my