Telah Berlangsung Pada
Ringkasan Program
Pertandingan rekacipta dan inovasi Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) atau dikenali Innovation Development Through Educational Activities (iDEA) merupakan satu pertandingan sihat bagi menggalak dan meningkatkan pemikiran kreatif dan inovatif melalui penghasilan rekacipta
produk inovasi pelajar. Melalui pertandingan ini, pelajar dapat mengenengahkan hasil rekacipta projek/ produk inovasi yang mereka bangunkan dan seterusnya diberikan pengiktirafan dan penghargaan secara formal semasa pertandingan. Projek/produk reka cipta dan inovasi pelajar akan dipersembahkan kepada juri pertandingan secara dalam talian menerusi persembahan dalam bentuk rakaman video berserta penilaian laporan projek yang dilaksanakan oleh peserta.
Objektif Program
- 1. Memupuk dan meningkatkan budaya pemikiran kreatif dan inovatif pelajar bagi menghasilkan produk reka cipta/ inovasi pelajar ILKBS;
- 2. Sebagai platform bagi menonjol dan mengetengahkan bakat, kemahiran dan hasil reka cipta projek/produk inovasi pelajar;
- 3. Menggalakkan persaingan sihat dan keyakinan diri pelajar dalam bidang reka cipta serta membantu melahirkan modal insan yang berkualiti dalam kalangan pelajar; dan
- 4. Sebagai pengiktirafan dan penghargaan secara formal kepada mereka yang telah mempamerkan peningkatan tahap kemahiran dalam pelbagai bidang.