KURSUS AGRO BELIA : PEMBENIHAN DAN PENTERNAKAN UDANG

Telah Berlangsung Pada


Ringkasan Program

Program berbentuk latihan ini merupakan kursus peringkat asas bertujuan untuk memberi pengetahuan kepada golongan belia mengenai pembenihan dan penternakan udang berkepadatan tinggi yang diusahakan secara komersial menggunakan teknologi tinggi. Pendedahan berkenaan penyediaan kertas kerja Rancangan Perniagaan akan diberikan kepada peserta bagi mengupayakan budaya keusahawanan.

Objektif Program

  • 1. Amalan penternakan secara komersial dan jimat dan menghuraikan segala aspek penternakan udang galah termasuklah teknik penghasilan benih, penebaran,pemeliharaan dan penuaian pelbagai medium penternakan serta analisis kewangan.
  • 2. Falsafah, konsep , teknik pengurusan projek dan tentang prospek penternakan udang galah.
  • 3. Kaedah pengiraan kos untung rugi sesuatu projek dan peluang pasaran, kunci kejayaan penternakan, pengenalan kepada komoditi dan teknik pemeliharaan udang galah secara monokultur dan polikultur.
Tarikh Program 28/05/2024 Hingga 31/05/2024
Bentuk Program Umum
1. Warganegara Malaysia
2. Umur 18-30 tahun
3. Berminat dalam bidang penternakan
Jenis Program Bengkel/Klinik/Kursus
Gaya Hidup Rakan Muda Tidak Berkaitan
Kaedah Pelaksanaan
  • Fizikal - KOLEJ PERIKANAN SULTAN NAZRIN MUIZZUDDIN SHAH, LUMUT, PERAK
Agensi Pelaksana Akademi Pembangunan Belia Malaysia Batu Gajah
Yuran Pendaftaran Percuma
Pegawai Perhubungan WAN DZALEN RAZHIMA BINTI WAN DAUD
Bahagian PENYELARASAN DAN STRATEGIK
No. Telefon 012-2775350
Emel dzalen@kbs.gov.my