BENGKEL PEMANTAUAN SISTEM EMYIND BIL. 1/ 2024

Telah Berlangsung Pada


Ringkasan Program

Sistem eMYInd merupakan satu sistem yang dibangunkan bagi merekod dan mengemaskini segala maklumat program dan inisiatif yang dilaksanakan merentas Kementerian/ Jabatan/ Agensi/ NGO dan akan dijadikan input bagi memantau program-program belia serta secara langsung menjadi mekanisme dalam mengukur tahap kualiti dan kesejahteraan hidup belia di Malaysia.

Selaras dengan konsep merentas pelaksana dalam memastikan pembangunan belia di Malaysia adalah secara bersama, Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) yang berperanan sebagai pentadbir sistem akan memperluas dan memperkasakan penggunaan sistem eMYInd melalui pelaksanaan Bengkel Pemahaman dan Pemantauan Sistem eMYInd merentas Kementerian/ Jabatan/ Agensi/ NGO di Malaysia.

Objektif Program

  • Meningkatkan pemahaman berkaitan penggunaan Sistem eMYInd dalam kalangan Focal Point merentas Kementerian/ Jabatan/ Agensi/ NGO.
  • Meningkatkan kemahiran secara teknikal berkaitan pembangunan sistem eMYInd khususnya Modul-modul yang terkandung di dalam sistem.
  • Melaporkan status kemajuan semasa bagi pelaporan program di dalam sistem eMYInd peringkat Kementerian/ Jabatan/ Agensi/ NGO.
Tarikh Program 10/05/2024 Hingga 10/05/2024
Bentuk Program Umum
Penyertaan hanya melibatkan FOCAL POINT eMYInd lantikan Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Jenis Program Bengkel/Klinik/Kursus
Gaya Hidup Rakan Muda Tidak Berkaitan
Kaedah Pelaksanaan
Agensi Pelaksana Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Yuran Pendaftaran Percuma
Pegawai Perhubungan Mohd Rizal Mohd Sham
Bahagian Unit Pengurusan Data, IYRES
No. Telefon 03-88713389
Emel rizal@iyres.gov.my