RAKAN LITAR : TRACK DAY 2024 SIRI I

Kira Detik Ke Permulaan Program


Ringkasan Program

Program Rakan Litar Track Day merupakan salah satu program pembudayaan sukan beroda dan sukan permotoran di litar kekal dan litar sedia ada. Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Persatuan/ Kelab sukan beroda dan sukan bermotor. Sukan beroda yang dikenalpasti seperti basikal, papan luncur, skuter, kasut roda dan seumpamanya manakala sukan bermotor merangkumi aktiviti minibike, motorcross, cubprix, go-kart, pacuan 4x4 dan jentera perlumbaan.

Objektif Program

  • Memberi pendedahan kepada remaja mengenai keselamatan dalam penggunaan litar dan kawasan khas sukan beroda
  • Menggalakkan remaja mencuba sukan baharu dengan memastikan keselamatan dan undang – undang dipatuhi
  • Memberi peluang kepada setiap penggerak sukan beroda dan permotoran untuk melaksanakan aktiviti sukan dengan cabaran baharu melalui pengaplikasian kemudahan teknologi
  • Menghimpunkan peminat sukan beroda/bermotor di litar bagi menggalakan aktiviti sukan yang sihat dan terkawal
Tarikh Program 12/10/2024 Hingga 12/10/2024
Bentuk Program Umum
Terbuka kepada individu berusia 15 hingga 25 tahun yang sihat tubuh badan dan berminat mencuba sesuatu yang baharu khususnya dalam bidang sukan bermotor.
Jenis Program Bengkel/Klinik/Kursus
Gaya Hidup Rakan Muda Rakan Litar
Kaedah Pelaksanaan
  • Fizikal - Kompleks Sukan laut Antarabangsa Labuan
Agensi Pelaksana Bahagian Pembangunan Rakan Muda, JBSN
Yuran Pendaftaran Percuma
Pegawai Perhubungan Zulhairi bin Isnean
Bahagian Rakan Muda
No. Telefon 0196678009
Emel zulhairi@kbs.gov.my

Pendaftaran Program

Pengguna Sedia Ada



Pengguna Baru