Telah Berlangsung Pada
Ringkasan Program
Bagi memastikan modul pengurusan sukarelawan (Sistem MyProfil) berfungsi dengan efisyen serta memenuhi kriteria yang telah ditetapkan, BPRM dengan kerjasama IYRES akan melaksanakan Program Mobilisasi Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA) 2024
Tumpuan mobilisasi terarah kepada kerja atau aktiviti sukarelawan sempena pengurusan acara, kawasan perumahan berstatus STRATA (B40), kawasan rekreasi, kawasan luar bandar dan lokasi yang bersesuaian
Objektif Program
- Merealisasikan usaha Kementerian Belia dan Sukan dalam menggalakkan dan melahirkan sukarelawan dikalangan belia yang berpengetahuan, berkemahiran, prihatin, bertanggungjawab, mempunyai nilai-nilai kesukarelawanan yang tinggi, saling bantu membantu serta peka dengan keadaan sekeliling
- Memberi pendedahan kepada golongan belia melalui pembelajaran, pengalaman secara hands-on serta menggunakan inisiatif dan kreativiti dalam melaksanakan program/ aktiviti kesukarelawanan di peringkat akar umbi dan komuniti setempat
- Mengelakkan penglibatan belia dalam jenayah serta masalah sosial serta mewujudkan suasana yang aman dan harmoni dengan pengisian masa lapang dengan aktiviti yang bermanfaat