PROGRAM STAR@U:MYFUTURE YOUTH PLUS - KURSUS ASAS GUNTINGAN RAMBUT

Telah Berlangsung Pada


Ringkasan Program

Menawarkan peluang dan alternatif kepada belia bagi mendapatkan latihan kemahiran menerusi kursus jangka pendek yang bersesuaian bagi membantu meningkatkan sumber ekonomi atau pendapatan mereka dengan menggunakan kemudahan-kemudahan latihan sedia ada dan kepakaran tenaga pengajar ILKBS

Objektif Program

  • a) Memberi peluang latihan kemahiran kepada belia-belia yang tidak bekerja termasuk yang telah diberhentikan bagi membolehkan mereka berdikari, dan memperbaiki taraf hidup; b) Memberi pengetahuan dan latihan kemahiran kepada belia-belia khususnya golongan B 40 dan M 40 atau tidak mempunyai kelayakan akademik dan latihan kemahiran bagi mendapat dan menambah kemahiran secara sistematik dan betul. c) Memberi pendedahan kepada belia-belia mengenai peluang untuk mendapatkan pendidikan dan latihan kemahiran secara sepenuh masa di Institut Latihan Kementerian Belia Dan Sukan (ILKBS); d) Menyediakan platform kepada belia berisiko untuk terlibat dalam aktiviti bermanfaat dan mengelakkan belia berisiko terlibat dalam aktiviti yang tidak bermanfaat atau mendatangkan kemudaratan
Tarikh Program 28/07/2024 Hingga 01/08/2024
Bentuk Program Umum
Bersyarat
Warganegara Malaysia
Golongan B40 atau M40
Belia NEET (Not in employment, education or training)
Berumur 15 hingga 30 tahun
Mereka yang terpilih akan dihubungi
Jenis Program Seminar/Symposium/Konvensyen/Forum/Dialog/Latihan
Gaya Hidup Rakan Muda Rakan Mahir
Kaedah Pelaksanaan
  • Fizikal - HAIRPINS CUT & STYLE STUDO, JABATAN KOSMETOLOGI, IKBN KEMASIK
Agensi Pelaksana Institut Kemahiran Belia Negara Kemasik
Yuran Pendaftaran Percuma
Pegawai Perhubungan ZULBAHARI BIN AHMAD
Bahagian CAWANGAN PENGURUSAN PELAJAR, HEP
No. Telefon 0199089980
Emel z_bahari@kbs.gov.my

Pendaftaran Ditutup Kerana Penyertaan Penuh