BENGKEL PERSONEL PANEL PENILAI PROFESIONALISME KERJA BELIA SKM-PPT TAHUN 2024

Telah Berlangsung Pada


Ringkasan Program

Bagi menghargai sumbangan belia sebagai rakan strategik kerajaan dalam pembangunan belia, profesyen pekerja belia perlu diktiraf melalui penyediaan laluan kerjaya yang lebih baik kepada pekerja-pekerja belia. Peluang perlu diberikan kepada potensi ke peringkat profesional menerusi program pembangunan profesionalisme yang diiktiraf dan mendapat pentauliahan dari pusat latihan bertauliah.

Melalui pelaksanaan program Bengkel Personel Pegawai Penilai Profesionalisme Kerja Belia (SKM-PPT) Tahun 2024 secara tidak langsung memberi fokus dalam membangunkan keupayaan dan kompetensi kumpulan pelaksana belia dalam hal berkaitan belia. Penerapan elemen profesionalisme kerja belia ini bertujuan untuk melonjakkan kepakaran pekerja belia ke peringkat profesional melalui program pembangunan dan latihan khusus yang berstruktur serta diiktiraf oleh pihak yang berkaitan melalui Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS).

Objektif Program

  • 1. Menyediakan Panel Penilai (PP) dan Panel Pengesah Luaran (PPL) yang berkemahiran serta personel berkualiti dalam proses membantu calon-calon untuk pembangunan portfolio dan verifikasi program pentauliahan kepada pekerja belia melalui pensijilan SKM - PPT. 2. Meningkatkan bilangan pekerja belia yang kompeten dan berkemahiran yang telah menerima Perakuan sebagai Personel Sistem Pensijilan Kemahiran Malaysia (SPKM) tanpa PB Tahun 2024 daripada JPK. 3. Sebagai sesi latihan dan simulasi kepada Personel Pegawai Penilai (PP) Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) melalui Kaedah Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) yang baharu di samping memberi kefahaman berkaitan kaedah penilaian, verifikasi dan peranan serta tanggungjawab personel dalam pelaksanaan SKM-PPT. 4. Menyerlahkan bakat dan potensi pekerja belia. 5. Menggalakkan pendidikan dan penyelidikan berkaitan kerja belia.
Tarikh Program 19/07/2024 Hingga 20/07/2024
Bentuk Program Bersyarat
PEGAWAI BELIA DAN SUKAN YANG TELAH BERKHIDMAT MELEBIHI TIGA TAHUN DAN MEMPUNYAI PENGALAMAN SEBAGAI PEKERJA BELIA.
Jenis Program Bengkel/Klinik/Kursus
Gaya Hidup Rakan Muda Tidak Berkaitan
Kaedah Pelaksanaan
  • Fizikal - PALM SEREMBAN HOTEL, SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN
Agensi Pelaksana Akademi Pembangunan Belia Malaysia Port Dickson
Yuran Pendaftaran Percuma
Pegawai Perhubungan NURAZLINA BINTI RAMLI
Bahagian UNIT PROFESIONALISME KERJA BELIA
No. Telefon 012-6395334
Emel nurazlina@kbs.gov.my