PROJEK REBEN KUNING

Telah Berlangsung Pada


Ringkasan Program

Program ini bertujuan memberi peluang kedua kepada prospek (banduan) belia dan penghuni Sekolah Henry Gurney melalui kursus latihan kemahiran serta pengisian peluang pekerjaan dan penciptaan pekerjaan agar peserta dapat mendapat kehidupan yang lebih baik selepas keluar daripada tahanan.


Objektif Program

  • i. Memberikan peluang kedua kepada peserta melalui program latihan pembangunan kemahiran bagi membantu peserta meneruskan kehidupan yang lebih baik setelah tamat tempoh tahanan
  • ii. Membantu memperkukuh jati diri peserta sebagai persediaan untuk kembali kepada masyarakat dan menyumbang dalam pembangunan negara.
  • iii. Memantapkan jalinan kerjasama dan kolaborasi rentas agensi kerajaan dalam pelaksanaan inisiatif intervensi sosial belia
  • iv. Membina perspektif positif masyarakat terhadap prospek belia dan penghuni Sekolah Henry Gurney seterusnya membantu mereka untuk meneruskan kehidupan lebih baik.
Tarikh Program 01/07/2024 Hingga 04/07/2024
Bentuk Program Tertutup
i. Penghuni Sekolah Henry Gurney berumur 15 – 21 tahun
ii. Prospek belia Penjara/ Pusat Reintegrasi Penghuni (PRP)/ Pusat Reintegrasi Penghuni Penjara (PRPP)/ Rumah Transisi Industri (RTI)/ Pusat Koreksional Komuniti (PKK) berumur 15 – 40 tahun.
Jenis Program Program Khas
Gaya Hidup Rakan Muda Rakan Mahir
Kaedah Pelaksanaan
Agensi Pelaksana Bahagian Pembangunan Belia, JBSN
Yuran Pendaftaran Percuma
Pegawai Perhubungan NOR FADZIRA BINTI MOHD SEPIAN
Bahagian UNIT PEMBANGUNAN EKONOMI
No. Telefon 0125954687
Emel fadzirasepian@kbs.gov.my