GENTA BELIA PERTANIAN 2024

Telah Berlangsung Pada


Ringkasan Program

Genta Belia adalah program berbentuk seminar yang bertujuan memberi pendedahan berkaitan inisiatif pemerkasaan ekonomi sedia ada kerajaan, agensi, NGO dan swasta kepada belia yang akan dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik terpilih.

Pengisian program melibatkan aktiviti perkongsian ilmu dan maklumat oleh kerajaan/ agensi, NGO, swasta serta individu yang berjaya di bidang berkaitan. Genta Belia memfokuskan kepada lima (5) elemen di lima (5) Zon yang terpilih iaitu elemen Peluang Pekerjaan akan dilaksanakan di Zon Borneo, elemen Ekonomi Digital akan diadakan di Zon Selatan, elemen Keusahawanan akan diadakan di Zon Timur, elemen Pertanian di Zon Utara dan elemen Kos Sara Hidup akan dilaksanakan di Zon Tengah. Bermula Julai hingga Oktober 2024.
Genta Belia Pertanian merupakan program yang pertama dilaksanakan di Zon Utara pada 27 Julai 2024 di negeri Kedah. Bersempena dengan itu aktiviti Pertandingan Belia Tani Popular dilaksanakan bagi mempromosi dan menggalakkan keterlibatan belia dalam bidang pertanian.

Objektif Program

  • 1. Memberi pendedahan kepada belia untuk mendapatkan maklumat berkaitan inisiatif pemerkasaan ekonomi yang dilaksanakan oleh kerajaan dan bukan kerajaan 2. Meningkatkan penglibatan belia dalam aktiviti ekonomi serta meningkatkan keupayaan dan daya saing belia; dan 3. Menggalakkan kegiatan ekonomi yang positif dalam kalangan belia sebagai usaha mengurangkan kos sara hidup dan kemajuan serta kesejahteraan sosioekonomi.
Tarikh Program 27/07/2024 Hingga 27/07/2024
Bentuk Program Umum
Jenis Program Seminar/Symposium/Konvensyen/Forum/Dialog/Latihan
Gaya Hidup Rakan Muda Rakan Mahir
Kaedah Pelaksanaan
  • Fizikal - KOMPLEKS BELIA DAN SUKAN NEGERI KEDAH
Agensi Pelaksana Bahagian Pembangunan Belia, JBSN
Yuran Pendaftaran Percuma
Pegawai Perhubungan ALINA BINTI ABDUL AZIZ
Bahagian CAWANGAN PEMBANGUNAN EKONOMI, BAHAGIAN PEMBANGUNAN BELIA
No. Telefon 0166656712
Emel alina@kbs.gov.my