BENGKEL PEMIMPIN ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA (ARPRM) PERINGKAT NEGERI JOHOR 2024

Telah Berlangsung Pada


Ringkasan Program

Bengkel ini bertujuan untuk melahirkan pemimpin- pemimpin ARPRM yang berperanan untuk membentuk penubuhan Badan Operasi di samping melatih serta memantau pelaksanaan para peserta ARPRM yang berada di bawah seliaan Badan Operasi masing-masing.

Objektif Program

  • Memberi penerangan serta input yang terkini mengenai tugas serta peranan yang harus dimainkan oleh semua pemimpin yang terdiri daripada Pegawai Rakan Muda Negeri, Pegawai Belia dan Sukan Daerah, Pegawai IKBN/IKTBN, pemimpin Badan Operasi dan sukarelawan anugerah dalam pelaksanaan program ARPRM Negeri Johor.
  • Meningkatkan tahap kecekapan dan kemahiran pemimpin dalam pengurusan program ARPRM Negeri Johor.
  • Menyediakan peluang perkongsian praktis terbaik di tempat masing-masing bagi meningkatkan mutu pengurusan program ARPRM di seluruh Negeri Johor.
  • Mengenalpasti cara untuk mengatasi atau meminimakan masalah yang timbul dalam pelaksanaan program ARPRM Negeri Johor
Tarikh Program 17/07/2024 Hingga 18/07/2024
Bentuk Program Umum
Jenis Program Bengkel/Klinik/Kursus
Gaya Hidup Rakan Muda Tidak Berkaitan
Kaedah Pelaksanaan
  • Fizikal - New York Hotel, Johor Bahru, Johor
Agensi Pelaksana Bahagian Pembangunan Rakan Muda, JBSN
Yuran Pendaftaran Percuma
Pegawai Perhubungan FADHILAH BINTI HJ TAHAR
Bahagian PEMBANGUNAN RAKAN MUDA
No. Telefon 0129040752
Emel fadhilah.ht@kbs.gov.my